Patung Annabelle Di MRT

Pasti ramai yang mengetahui tentang patung Annabelle yang merupakan salah satu watak utama dalam sebuah filem seram.

Baru-baru ini kecoh di laman Facebook Rapid KL, apabila tersebarnya gambar patung Annabelle di MRT.

Dalam gambar tersebut patung itu telah diletakkan di atas mesin pengimbas tiket di salah sebuah stesen MRT.

IKLAN

Melalui kapsyen gambar tersebut pula tertulis mereka baru sahaja menerima kunjungan Annabelle.

“Kepada pelanggan yang dihargai, baru-baru ini kami menerima kunjungan mengejut Annabelle. Jaga tingkah laku anda semasa berada di dalam tren kami atau dia akan menghantui anda selama-lamanya,” kata keterangan itu.

Selepas tersebarnya gambar ini, rata-rata netizen memuji admin Facebook Rapid KL ini kerana postingnya itu memberi maksud yang penuh tersirat dengan mesej kesedaran awam.

IKLAN

Datuk Ir Zohari Sulaiman selaku Ketua Pegawai Rapid Rail berkata, nombor telefon +6010 766 4472 diwujudkan khas untuk penumpang berkongsi imej, maklum balas dan pertemuan perjalanan mereka semasa munggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan Monorel.

“Imej dan maklum balas akan diuruskan ahli pasukan pusat Rapid KL yang akan berkongsi dengan ahli pasukan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

 

“Inisiatif ini sebahagian usaha untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan pengalaman perjalanan pelanggan,” katanya.

Kata Zohari lagi, pihaknya amat menghargai sebarang maklum balas dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan mewujudkan rasa tanggungjawab orang ramai untuk menjaga pengangkutan awam.

Sumber: Salwani Md Zain/ Sinar Harian