
Pasangan pelakon terkenal Korea Selatan, Hyun Bin dan isteri, Son Ye Jin bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Pengumuman itu dibuat sendiri Ye Jin menerusi laman Instagramnya yang mempunyai seramai 6.7 juta pengikut.
“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami.
“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari tetapi dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja.
“Saya sangat bersyukur dan teruja berkongsikan perkara ini kepada peminat yang menantikan berita gembira ini seperti mana kami juga,” tulis Ye Jin.
Walau bagaimanapun, Ye Jin tidak mendedahkan usia kandungannya menerusi entri tersebut.
Ye Jin, 40, dan Hyun Bin, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu di Seoul.
Pasangan ini mula bercinta pada Mac 2020 sejak digandingkan bersama dalam drama bersiri popular, Crash Landing On You yang ditayangkan pada 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Son Ye Jin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19 : “Setelah Diteliti, Dikaji Dan Mendengar Pandangan…,” – Tayangan Filem Escape Ditunda

Filem ESCAPE yang sepatutnya bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Mac depan ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan pengarah filem berkenaan, Ikhwansha Hazer selepas pihak produksi Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation mendapati situasi penularan virus Covid-19 yang sedang seluruh dunia memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.
“Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem ESCAPE ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem ESCAPE ini,” katanya.
Ikhwansha turut menjelaskan, berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa pihak pemamer tempatan, mendapati berlaku penurunan ketara hampir 50 peratus jumlah penonton ke pawagam tempatan sejak virus Covid-19 mulai tular awal tahun ini.
“Situasi ini sekali gus memberi kesan kepada sambutan terhadap filem tempatan dan antarabangsa.
“Pihak produksi berharap penularan virus Covid-19 yang sedang mengancam Malaysia ketika ini akan segera beransur pulih,” terangnya lagi.
Filem ESCAPE adalah filem ‘Cerebral Thriller’ yang menampilkan barisan pelakon popular tempatan.
Antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Pulak Terajang Orang Ni?” – Terima Mesej, Lan Solo Bersuara Kes ‘Tumbuk Terajang’ Pengawal Keselamatan

Kecoh apabila satu keratan video menunjukkan seorang individu lelaki yang dipercayai seorang pelawak telah bertindak kasar terhadap seorang pengawal keselamatan.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila individu itu dikatakan ada menumbuk dan menendang pengawal keselamatan berusia 60-an.
Bagai terpalit, Lan Solo menerusi laman Instagram menegaskan individu yang terlibat bukan dirinya.
“Lan lain la huii. Ramai pulak DM pasal kes terajang. Bila pulak LS terajang orang ni?,” tanya Lan ringkas.
View this post on InstagramA post shared by #TwistAbangSayang ?LAGU BARU (@lansolo_official) on
“Hadoi kelako lahhh.. dah2 pi tido! .
LS pon dah setel kojo.. tak larat nak berTERAJANG dengan komen/DM yg masuk dah? .
Gudnite semua.”
Bagaimanapun, ada netizen yang meninggalkan komen kes ‘tersilap orang’ pernah terjadi.
Misalnya, gara-gara seorang yang bernama Alif buat fasal, semua Alif terlibat sama dan kerana nama Lan seperti yang didakwa netizen, Lan Solo turut terkena tempiasnya.
Ada baiknya kita jangan main serkap jarang. Sebaiknya tunggu sahaja kenyataan daripada pihak berkuasa.
Foto – Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Dalam 3 Hari, Dia Punya ‘Beg Kuning’ Lebih 11,000 Unit Terjual,” – Isu Reseller Pegang Stok Berlambak? Wawa Zainal Ulas

Pasangan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana setakat ini, mereka jarang berdepan masalah besar berhubung isu agen atau penjual (reseller) yang memegang produk terlalu lama hingga merekodkan kerugian besar.
Menurut Wawa, dia dan pasukan sama-sama percaya dengan rezeki selain sokongan berterusan daripada para pengguna yang selama ini setia dengan produk keluaran Wawa Cosmetics.
“Penjual (reseller) memang akan pegang stok, merekalah yang beli dan akan ada barangan itu terlebih dulu. Akan tetapi bagi saya, kenapa ada yang begitu yakin untuk ambil stok yang banyak mungkin sebab mereka sudah tahu ia akan habis dekat tangan.
“Malah ada juga yang rasa rugi kalau tak ambil dalam kuantiti tertentu sebab macam contoh, kalau ambil dalam 5,000 unit insyaAllah akan habis. Baru-baru ini misalnya salah seorang reseller kami dalam masa tiga hari saja dia punya ‘beg kuning’ di TikTok lebih 11,000 unit terjual,” katanya.
Sementara itu bagi Aeril, jika ada stok daripada mana-mana agen yang ‘sold out’, ada rakan lain yang sudi membantu menjual produk yang masih berbaki.
“Tambahan pula kalau fikir logik, kalau mereka beli banyak dan ada ‘simpan’ pada mereka sahaja, macam mana nak buat pusingan modal? Cuma saya tidak nafikan mungkin adalah juga agen yang pegang stok lama, tapi tidak boleh nak salahkan HQ seratus peratus.
“Banyak faktor yang menyebabkan situasi itu terjadi. Tapi kenapa ada yang lain boleh jual hingga belas ribu unit, kalau ada yang pegang stok dalam kuantiti sedikit tapi bercakap itu ini. Rasanya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari segi strategi jualan juga.
“Yang bagusnya, para penjual turut sokong antara satu sama lain. Amalan itu memang menjadi amalan di antara team kami. Cuma setakat ini agen, reseller kami yang paling aktif sekitar 500 orang begitu,” katanya lagi.
Aeril dan Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di Boat House, Ampang, Selangor pada Selasa.
Sementara itu, mereka turut berbangga apabila kini berjaya melahirkan 10 usahawan berstatus jutawan sejak memulakan perniagaan empat tahun lalu, termasuk yang berjaya menempuh fasa pandemik Covid-19.
Wawa berkata, dia dan suami sentiasa memikirkan cara untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama peniaga setia yang kekal percaya dengan produk keluaran mereka.
“Alhamdulillah kerana semua peniaga sentiasa memberikan kepercayaan dan menyokong kami sejak mula berniaga sehingga ke hari ini.
“Bagi kami, ia juga satu tanggungjawab bagi kami untuk menghasilkan produk berkualiti dan boleh jual bagi memastikan mereka dan kami sama-sama dapat mencari pendapatan,” kata Wawa.
Artikel Berkaitan;
90,000 Helai Tudung Wawa Zainal Licin Kurang 24 Jam, Laku Keras!
Aeril menambah, mereka sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mengikut rasional pasaran.
Dalam pada itu, sebanyak 80,000 unit Wawa Fruity Candy Liptint telah dikeluarkan dengan empat varian iaitu epal, strawberry, peach dan tembikai dan setakat ini, lebih 65,000 sudah dijual.
Mac lalu, pasangan ini turut mempunyai wisma bernilai RM3.2 juta iaitu bangunan tiga tingkat yang dijadikan pusat rangkaian perniagaan mereka Wawa menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI