Pengurus kepada penyanyi Siti Sarah, Nana Mohd Rom dari Indigital Music memaklumkan penyanyi berkenaan bakal menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lebih awal selepas doktor memaklumkan paras oksigennya semakin baik.

Pembedahan dijangka bakal dilakukan kira-kira sekitar jam 2 petang. 

“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yassin doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.

“Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.,” katanya.

Shuib menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini turut berkongsikan perkara sama sekaligus memohon doa semua.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu awal pagi ini, penyanyi Manis yang kini sarat hamil tujuh bulan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Menurut Shuib, paras oksigen Sarah ketika itu tak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.

IKLAN

“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya.

IKLAN

Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manes  itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.

Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI