Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini ada berkongsi mengenai cara pemakaian Muslimah.
Menurut Yatt, menutup aurat bukan pada pemilihan hijab semata-mata, sebaliknya ia perlu dititikberatkan mengikut syariat Islam.
“Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?
“Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” kongsi Yatt.
Ads
Malah,ibu kepada empat orang anak itu juga turut berkongsi ilmu seperti yang dituntut Islam.
“Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.
“Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan,” akhirinya.
Pelakon Shakilla Khoriri mengimbau kembali detik melahirkan cahaya mata sulung, Ameena Sofea pada 14 Mac tahun lalu.
Kongsi isteri kepada penyampai radio,Fizi Ali itu, dia reda dengan proses melahirkan anak secara pembedahan (caesarean) seberat 3.7kg.
Kapsyen panjang lebar yang ditulis Shakilla bagi memberi dedikasi buat ulang tahun permata hatinya itu.
“Walaupun ada waktu aku rasa MASA tu berjalan sangat lambab tapi hari ni aku macam nak tarik balik kata2 aku tu.
Aku tak pernah share pasal bagaimana pengalaman aku keluarkan budak bertuah @ameenasofia_ ni.
“Doa aku nak bersalin normal meleset kaw kaw disebabkan tak ada kontraksi walaupun 2 minggu lewat. Tiada bukaan, Tiada laluan , segalanya2 tiada. No pain at all. Kau rasaaaaa budak ni?
“Aku akur untuk belah perut aku walaupun aku tahu sampai mati parut pintu keluar budak bertuah ni akan terpahat kat perut aku tu.
“Bila masa aku betul2 akur dan redha , saat tu aku rasa , Ya Allah aku akan jadi Mak ni.
“Kejap lagi doctor belah perut aku keluarkan manusia. Amazing ! Masyallah. Allahukabar!
“Masa dalam OT segalanya berjalan lancar.
“Fizi ada je teman aku dari awal sampai selesai.
“Doctor tenangkan jiwa aku.
Perasaan aku ? KOSONG. Takut TAK. Nervous TAK. Sakit pun TAK. Kepala aku tengah busy fikir betul ke aku nak keluarkan manusia ni? Manusia tu anak aku.
“Aku fikir….fikir…fikir sambil pandang atas, lamunan aku terganggu aku nampak kat cermin atas tu macam ada darah banyak keluar dari satu lubang.Banyak GILE !
“Eh , hello tu perut aku lah bodo.
Alaahhhh terus rasa panic.
Tapi kepala masih fikir sebabnya tak sakit cuma alihkan pandangan. Sampailah sayup2 aku dengar Doctor dan lain2 cakap Alhamdulillah..Fuhhh,”!tulisnya panjang lebar.
Menurut Shakilla,kesakitan yang dialami bagaikan sudah ‘hilang’ apabila pertama kali mendengar tangisan si anak.
“Ok part ni Dramatic sikit yang aku rasa aku tak patut buat. Berkali2 aku tanya fizi anak kita Girl kan? Seiring dengar @ameenasofia_ menangis , airmata aku setitik mengalir. Tapi kenapa setitik ? WHY ? Tanpa esakan. Sebab aku masih FIKIR ! Lahhh !!!!!
“So to all my friends here, walaupun bukan korang je yang terkejut tengok @ameenasofia_ masa lahir macam boxer aku pun terkejut jugak dan makin ligat kepala aku fikir.
“Aku terkenan boxer ke? Takde pulak… tapi inilah dia PUTERI aku. Nurul Ameena Sofia.
Apa pun dia, bagaimana pun dia. Dengan nama Allah aku sayang dan cintakan budak ni sampai Syurga Allah.
“Dia datang dalam hidup aku dengan Fizi bawa berjuta rahmat dan rezeki yang maha besar. Kebahagian yang paling aku cari selama ni.
“My beautiful daughter @ameenasofia_ ,
HAPPY BIRTHDAY. I love you so very much,” akhirnya.
Pelakon Rita Rudaini berkongsi rakaman video dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menyatakan rasa bangga atas pencapaian kedua-duanya.
Malah, jelasnya, kebolehan Airit Qaqa Arjuna, 9, menghafaz tanpa merujuk kitab merupakan amalan yang dipraktikkan setiap hari iaitu memasang bacaan Al-Quran di rumah 24 jam tanpa henti.
“Alhamdulillah…home sweet home…sblm mommy sambung keja balik jumaat ni…ryan ckp dia ada competition dgn makngah @cik_ala117 hafal juzuk 30 😂 …well done adik dh bole hafal ayatul kursi 👏🏻👏🏻…mommy tanya mcm mana adik ble hafal,dia jwb dia dgr mommy pasang quran je…budak2 terang hati 😌…..buat ibu2 smua,sy pasang 24jam nonstop jd automatik bila2 hari2 dgr insyaallah bole ingat dan hafal 😊,” kongsinya.
Kagum dengan cara didikan ibu tunggal ini, netizen turut meninggalkan reaksi di ruang komen.
Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Arjuna, yang kini dibawah jagaan Rita.
Foto : Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.