Kalau korang ikuti filem adiwira Marvels, mesti tau mengenai watak Black Panther kan?

Dalam filem itu, watak Black Panther ini tugasnya menjaga rakyat Wakanda daripada musuh dan berganding bahu membantu Captain America di dalam Captain America: Civil Wars.

Filem Black Panther bakal ditayangkan pada 16 Februari ini dan uniknya mengenai filem tersebut adalah keseluruhan produksinya merupakan orang kulit hitam.

Dalam pada itu, bersempena tayangan perdana filem terbitan Walt Disney Co’s dan Marvel Entertainment Studio menyaksikan para pelakon memakai pakaian berinspirasikan persalinan Diraja Afrika.

 

IKLAN

Pakai Persalinan Diraja Afrika, Pelakon Black Panther Mahu Lebih Ramai Adiwira Kulit Hitam

Sebenarnya, mereka ini membawa mesej tentang kepentingan mengetengahkan adiwira kulit hitam ke layar perak, lapor Reuters.

Sementara itu, Chadwick Boseman, yang membawa watak T’Challa, iaitu wira dan raja negara fiksyen Wakanda, dilihat hadir bersama bintang-bintang lain seperti Lupita Nyong’o, Daniel Kaluuya, Michael B. Jordan, Danai Gurira dan Angela Bassett.

IKLAN

Pakai Persalinan Diraja Afrika, Pelakon Black Panther Mahu Lebih Ramai Adiwira Kulit Hitam

Nyong’o, yang membawa watak pahlawan bernama Nakia mendakwa ada sebab mengapa mereka berbuat demikian.

IKLAN

“Marvel mempunyai cara untuk membawa pengaruh budaya popular. Apabila budaya popular itu diceritakan dalam acuan Afrika dan komuniti menyedari mereka berasal dari Afrika, itu sangat luar biasa.

“Kami berharap ia dapat mengubah idea pemahaman tentang Afrika,” katanya lagi.

Aktres pemenang Oscar itu berjalan di karpet ungu dengan menggayakan gaun Veersace dengan rekaan keemasan. Gurira memakai dres merah jambu terang rekaan Viktor & Rolf yang siap beropol dramatik, manakala Bassett memilih jumpsuit kuning keemasan daripada pereka Naeem Khan.

Pelakon lelaki juga tampil berwarna-warni. Boseman tampil segak dengan sut bercorak daripada Emporio Armani, Donald Glover pula dalam sut jingga Dolce & Gabbana, manakala pengarah filem itu, Ryan Coogler, memadankan sut hitam Ikire Jones dengan skaf bercorak inspirasi Afrika.

MH difahamkan bahawa filem ini merupakan filem ke-18 adiwira Marvels dan bakal bertambah lagi. Terus-terang MH sendiri dah ‘lost count’ dah cerita Marvels ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI