Pelakon Zulkifli Ismail, berkongsi berita dukacita apabila pelakon veteran, Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah pergi mengadap Illahi.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelakon Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah kembali ke rahmatullah semalam.
Ads
“Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya.
Sementara itu menerusi artikel Harian Metro, pelakon berusia81 tahun berkenaan meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat sakit tua, malam tadi.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor, hari ini.
Ads
Allahyarham hidup di zaman Tan Sri P Ramlee dan pernah memegang watak sampingan dalam filem arahan seniman agung itu.
Foto : Instagram Zulkifli Ismail dan Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mazleela mendedahkan dirinya mengalami masalah injap jantung yang lemah sejak tiga tahun lalu.
Malah, hal yang berlaku menyebabkan dirinya agak sukar apabila mahu menyanyikan lagu bernada tinggi.
“Kalau nyanyikan lagu nada yang tinggi, ia kadang-kadang bukan tak boleh nak capai…nampak ‘down’ sikit. Itu tidak disangkalkan, memang ia turut berkaitan dengan masalah kesihatan.
“Saya alami masalah injap jantung yang agak lemah kira-kira sejak tiga tahun lalu.
“Saya ada berjumpa pakar dan apa yang dialami ini tidaklah serius, cumanya saya tidak boleh rasa penat.
“Malah, ada ketika kalau lepas mandi menggunakan ‘shower’ pun, rasa macam lari 500 meter…macam tulah contohnya,” seloroh Mazleela.
Ditanya bagaimana dirinya dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami, bintang yang sinonim menerusi lagu Tabah ini memberitahu, pada peringkat awal dia sangka itu hanyalah semput.
“Pada awalnya saya ingatkan alami semput, rasa sesak…ada benda yang ‘tekan’ jantung kita, sakit. Jadi bila ke hospital, doktor ada tanya sama ada saya ada keturunan yang alami masalah jantung atau tidak.
“Saya kata ada…arwah ibu saya. Tersumbat? Tanyanya dan betullah sebab arwah ibu memang alami malasah jantung tersumbat.
“Akan tetapi kata doktor yang melihat draf degupan jantung saya, ia tidak serius cuma kena hati-hati. Atas faktor usia dan keturunan jadi perlu berjaga-jaga,” terangnya.
Mazleela bagaimanapun positif dan turut memaklumkan kepada pihak produksi GV6 terlebih dulu akan kekangan yang dihadapi.
“Apabila dapat peluang sertai GV6, saya ada rujuk suami dan tanya pendapatnya. Dia berikan galakan memandangkan saya masih lagi aktif menyanyi.
“Pada masa sama, saya juga ada maklumkan hal tersebut kepada pihak produksi.
“Saya pun memang yakinkan diri untuk tetap teruskan saingan dalam GV6. Ada ambil ubat cuma ambil ketika perlu sahaja.
“Platform GV6 ini pun saya ambil demi peminat saya yang sudah lama rindui penampilan saya. Kemunculan di pentas dengan media sosialkan lain bezanya.
“Jadi pasti ada hikmah di sebaliknya tersingkir awal. Banyak faktornya,” akhiri Mazleela yang tetap percaya pada rezeki.
Terdahulu, namanya diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam saingan GV musim ini dengan memperolehi markah paling rendah di kalangan 12 peserta lainnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, tular di laman media sosial mengenai kisah bintang korea, Sulli yang ditemui mati dipercayai kerana mencabut nyawa sendiri.
Para peminat turut menzahirkan kesedihan, termasuk golongan selebriti seperti pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz yang turut meluahkan rasa mengenai insiden tersebut.
Bintang berusia 28 tahun ini berkata masalah depresi merupakan satu masalah yang amat serius dan perlu dititikberatkan.
Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan turut memberi nasihat kepada netizen agar tidak memberi komen yang kerterlaluan kepada selebriti.
“Okey…bagi saya, selalu fikir netizen berhak untuk berkata apa sahaja tapi saya cuma rasa cara mereka menyampaikan satu mesej atau ingin menegur tu, kalau boleh biarlah menerusi ‘private message’.
“Tak perlu nak post atau nak kecam dan ajak orang lain sekali untuk kecam sebab saya rasa itu boleh memberikan kesan terhadap orang itu pada masa hadapan.
“Sebab kita tak tahu orang itu sebenarnya okey ataupun tidak. Mungkin dekat luar dia senyum tapi sebenarnya dia ada masalah dalaman, sebagaimana yang dipercayai berlaku pada Sulii.
“Pada masa sama, kalau betul individu ataupun artis mana-mana yang rasa masalah begitu, ada masalah depresi sebagainya pergilah berjumpa dengan pihak yang boleh membantu.
“Jadi kalau boleh kepada netizen di luar sana kalau nak menegur tu biarlah berpada-pada,” kongsi Azira bersama MH.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan f(x) itu ditemui mati di kediamannya pada Isnin. Mayat Sulli ditemui pengurus dalam kediaman mendiang di Seongnam, Korea.
Bagaimanapun punca sebenar bintang itu masih dalam siasatan terperinci pihak berkuasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di laman Twitter apabila aktres dan aktivis alam, Maya Karin melayang sebuah status mengenai perbualannya dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Terengganu.
Menerusi tweet tersebut, Maya menggambarkan kanak-kanak tersebut dilihat kurang berkeyakinan untuk membalas persoalan yang diajukan dalam Bahasa Inggeris.
“I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap.
“How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun”
“Think about it. @fromKMR @niknazmi @maszlee,” tulisnya.
Lalu, netizen bagaimanapun memberikan pelbagai reaksi. Malah ada yang seperti tidak bersetuju dengan pendapat pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini.
Terkini, Maya ada menjelaskan status tersebut bukan untuk memperlekeh sesiapa, sebaliknya ia lebih kepada untuk melihat mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar.
Malah, bintang cantik ini juga tidak fokus terhadap sesebuah negeri semata, sebaliknya ia secara kebetulan berbicara di institusi pengajian di negera tersebut.
“Salam..1) Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa 2) Saya bukan focus pada orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di University di Terengganu. Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita,” tulisnya menjelaskan situasi.
Foto : Twitter Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!