Lebih 16 tahun terlibat dalam seni, aktres Fasha Sandha sinonim dengan disiplinnya yang tinggi dalam dalam setiap komitmen yang diberikan, selain bijak menguruskan masanya dengan baik.
Malah tidak dinafikan, hal tersebut menjadikan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, sebagai antara bintang gred A yang masih relevan dan disayangi sehingga ke hari ini.
Berkongsi soal pengurusan masanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana setakat ini, dia tidak pernah terlewat tiba ke set penggambaran atau sebarang komitmen kerja.
Tidah mahu menyusahkan mana-mana pihak produksi, Fasha percaya itu antara rahsia dia disenangi karyawan lainnya.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang 16 tahun dalam kerjaya. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.
“Pada umur 18 tahun tu, saya sudah mula kerja jam 4,5 pagi. Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.
Fasha ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta yang juga pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow di ibu kota, pada Isnin.
Ads
Menurut Fasha, dia juga turut berkongsi perkara tersebut kepada adiknya, Elisya Sandha.
“Saya selalu nasihatkan adik saya supaya sentiasa menjaga disiplin sebab kalau apa-apa berlaku, nama saya juga yang akan turut terjejas sama.
“Saya juga tegaskan kepada Elisya supaya tidak berlagak diva di set penggambaran dan sentiasa baik dengan kru. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah mereka makan.
“Hal ini bukan sahaja memudahkan kerja, malah ia merupakan resipi untuk disenangi oleh orang di sekeliling,” katanya lagi.
Ads
Bersama Gebu Glow, Fasha mengakui dia tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima sesebuah tawaran membuat ulasan produk.
“Macam jodoh saya dengan produk vitamin C ini pun bermula ketika menjayakan kempen tiga bulan sejak Oktober tahun lalu untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.
“Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya.
Malah Fasha juga tersentuh melihat kegigihan pengasas produk berkenaan yang sama-sama ikhtiar mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk saling menjana pendapatan sebagai agen mereka.
Ads
“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.
“Pengasas Gebu Glow ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya. Saya menyokong seratus peratus aspirasi dan semangat murni itu. Modal nak jadi agen pun semurah RM299.
“Istimewanya dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.
“Hanya 25,000 kotak saja dikeluarkan. Satu kotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss,” katanya lagi.
Gebu Glow diasaskan oleh Maizatulnazwa Mohd Zulkifli atau mesra disapa Wawa, 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wajah di sebalik topeng Rafflesia di program The Masked Singer Malaysia akhirnya terjawab apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman tersingkir pada peringkat separuh akhir.
Menerusi akaun Eina di Instagram, dia telah berkongsi cerita penglibatan dirinya dalam rancangn tersebut.
“Salam… Finally after 2 months terpaksa menyorokkan identiti dan mengelak soalan daripada kawan2 mengenai “Rafflesia”, akhirnya terjawab sudah segala persoalan…
“I’m so sorry guys sebab tak dapat berlaku jujur sebab saya terikat dengan contract Alhamdullilah Rafflesia berjaya kekal sehingga ke semi final walaupun penuh dengan onak duri.
“Seperti semua sedih maklum, saya bukanlah seorang penyanyi dan penari. Banyak yang saya pelajari sepanjang berada di dalam program “The Masked Singer Malaysia”. ,” tulisnya.
Kongsi Eina, dia menyertai program tersebut kerana ingin mencuba sesuatu yang baru atau di luar zon selesa.
“Tahun 2020 ni saya nak keluar dari zon selesa saya, sebab tu saya mencabar diri saya untuk menjadi Rafflesia.
“Sejujurnya, saya sebenarnya kurang berkeyakinan untuk menyanyi dan menari di hadapan khalayak ramai.
“Nasib baik saya boleh bersembunyi di sebalik masked Rafflesia. nampak mcm mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama.
“Tapi hanya tuhan saya yang tau betapa beratnya head gear Di kepala saya. Kadang2 takut juga tengah menari tu kepala tercabut sbb ini benda paling gila pernah saya buat tapi dalam gila2 pun macam seronok juga penyanyi. Saya nak jadi penyanyi lah lepas ni Ok tak???
“Terima kasih kepada team produksi Astro di atas peluang ini. N terima kasih juga untuk u all yang tak henti2 tweet n mention nama saya. N yessss tekaan anda memang betul,
“Thanks to my beloved hubs @datopadukakaiser yang always support saya. Love you sayang Itssss Doneeeeee guys,” tulisnya lagi.
The Masked Singer ditayangkan pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.
Program ini turut menampilkan barisan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Nabila Huda, Ella, Remy Ishak, Michael Ang, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Raja Azura dan Angah Raja Lawak.
Video: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi ada berkongsi foto suaminya, Muhammad Faizal yang dirakam sedang bermesra dengan bayi terbaru yang dijaga mereka, Maira Darda Farisa yang baru mencecah usia lebih seminggu.
Kongsi bintang Gerak Khas ini, kehadiran permata hati itu merupakan sesuatu yang di luar dari perancangan mereka sekeluarga.
Malah jelasnya lagi, sang suami pada awalnya agak berat untuk mengambil tanggungjawab baru, dipercayai untuk mengambil Darda sebagai anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rezeki dariNya.
“Abah & Darda. Kehadiran Darda luar dari perancangan. Takde persediaan langsung.
“Abah pun memula cam berat je. Nak pikul amanah & tanggungjawab baru (rajin nanti Sy cerita ye). Ingat last dah @daiyandayana.
“Tapi bila ALLAH dah tulis rezeki kami. Tetap jadi rezeki kami. Alhamdullillah.
“Jadi ada sesiapa nk bagi hadiah tak? Darda takde baju cantik2 ni. Semua Mama dah bg org haritu. Ke buleh shopping Online? Info pease,” pinta Abby.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby dan suami sebelum ini pernah berkongsi berita sedih apabila anak mereka, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu meninggal dunia.
Yayasan Nasional Prihatin (Prihatin) terus komited dalam usaha kebajikan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM1.5 juta kepada 16,000 penerima menerusi siri Kembara Madani Ramadan tahun...