Penerbit drama, Datuk A.Aida kini banyak menghabiskan masa di gimnasium selepas berlakunya satu titik hitam dalam hidupnya baru-baru ini.
Malah, Aida juga ada memberikan kata-kata semangat khusus buat para ibu yang menjaga dan membesarkan anak-anaknya.
“SETIAP hari, tanpa pernah gagal… 24 jam saya bagai tidak pernah bersisa. Cepat sungguh waktu berlalu pergi, kan?
“Mana nak memasak, mana nak sidai kain, mana nak menyusukan anak. Betul tak? Hehehe!
“Sebab tu saya selalu pandang tinggi dan hebat kepada ibu-ibu yang masih lagi ada masa untuk jaga kesihatan mereka, walau dalam sibuk tak ingat dunia.
“Saya pun macam tu juga. Antara anak-anak, kerjaya dan gym, tanpa sedar malam sudah kian larut.
“Dalam daerah masa yang tidak perah bersisa, ada ruang buat pelengkap hidup. Sihat itu satu nikmat. Sihat itu satu matlamat. Sihat itu satu syukur kepada Dia Yang Maha pemberi rahmat,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on
Untuk rekod, Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.
Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.
Kemudian, Aida berkahwin dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu.
Foto/Video : Instagram A. Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sudah pergi mengadap Illahi lebih sebulan lalu, namun pemergian Chef Selebriti, Adam Mahamed Ismail terus dikenang ahli keluarga dan sahabat.
Kerana terlalu rindu akan senyuman dan gelagat arwah, Fatimah yang juga merupakan anak saudara yang sangat rapat, sehinggakan dia ‘tidur’ bersama foto Adam atau nama manjanya Mamajee.
Perkara itu dikongsikan kakak arwah, Nor Ashfarina di Instagram rasmi miliknya, @thefamily.uk.
“Whenever Fatimah is feeling down, she will request me to put on her current favourite surah by @omarhishamalarabi – Surah Ash-Sharh (The Comfort). And of course, she’ll always have her Mamajee’s photos near her.
“She will look at the photos until she falls asleep. But we’ll keep on replaying the surah for hours even while she sleeps.
p/s: There’s a story behind this surah, which I will share soon, InshaAllah,” kongsinya.
Dalam pada itu,Fatimah dan Adam ada memuat naik gambar raya dua tahun lepas bersama arwah Adam.
“The photo on the left was taken 2 years ago on Eid 2017. Ali was barely 2 years old at the time.
“I can still remember he was a bit moody and refused to be in the picture.
“Now, 2 years later, when he saw the photo, he was questioning why he was missing from it. As you can imagine, he looked a bit frustrated.
“But Ali, being his usual smart self told me to put his photo and his Mamajee’s photo together. He then said “Do I smile like Mamajee?” 😊#adamdidamjunior,” tulisnya.
Pemberian duit raya sudah menjadi tradisi tiap kali menyambut Aidilfitri.
Lalu kanak-kanak pastinya menjadi golongan paling gembira kerana masing-masing sudah boleh bayangkan mereka akan mendapat duit raya dari mereka yang sudah dewasa atau punya pendapatan sendiri.
Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon Ummi Nazeera ada memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bila paksa suami bagi duit raya . dia bagi sampul duit raya kosong. @izzar,” tulisnya ringkas.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.