Penerbit drama, Datuk A.Aida kini banyak menghabiskan masa di gimnasium selepas berlakunya satu titik hitam dalam hidupnya baru-baru ini.

Malah, Aida juga ada memberikan kata-kata semangat khusus buat para ibu yang menjaga dan membesarkan anak-anaknya.

“SETIAP hari, tanpa pernah gagal… 24 jam saya bagai tidak pernah bersisa. Cepat sungguh waktu berlalu pergi, kan? 

“Mana nak memasak, mana nak sidai kain, mana nak menyusukan anak. Betul tak? Hehehe!

“Sebab tu saya selalu pandang tinggi dan hebat kepada ibu-ibu yang masih lagi ada masa untuk jaga kesihatan mereka, walau dalam sibuk tak ingat dunia. 

“Saya pun macam tu juga. Antara anak-anak, kerjaya dan gym, tanpa sedar malam sudah kian larut. 

IKLAN

“Dalam daerah masa yang tidak perah bersisa, ada ruang buat pelengkap hidup. 
Sihat itu satu nikmat. Sihat itu satu matlamat. Sihat itu satu syukur kepada Dia Yang Maha pemberi rahmat,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

SETIAP hari, tanpa pernah gagal… 24 jam saya bagai tidak pernah bersisa. Cepat sungguh waktu berlalu pergi, kan? Mana nak memasak, mana nak sidai kain, mana nak menyusukan anak. Betul tak? Hehehe! Nasib baik anak anak kita semua dah besar panjang. @az_aleesa @azevanatassha dan Si bongsu @rahul_a.aida pun sudah 11 tahun. Sebab tu saya selalu pandang tinggi dan hebat kepada ibu-ibu yang masih lagi ada masa untuk jaga kesihatan mereka, walau dalam sibuk tak ingat dunia. Saya pun macam tu juga. Antara anak-anak, kerjaya dan gym, tanpa sedar malam sudah kian larut. Dalam daerah masa yang tidak perah bersisa, ada ruang buat pelengkap hidup. Sihat itu satu nikmat. Sihat itu satu matlamat Sihat itu satu syukur kepada Dia Yang Maha pemberi rahmat Today focus deltoid and trapezius. …. …. @a.a.perfect @a.aida.fit @afampangpoint @coach__don18

A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on

Dalam pada itu, Aida juga mendoakan yang terbaik buat semua orang.

“KITA hidup hanya sekali, dan tidak harus sia-sia. Hidup usah berpura-pura, ikhlaskan diri tanpa pernah mempersoalkan takdir.

IKLAN

“Doa yang baik buat kehidupan manusia lain, sebenarnya akan membawa diri kita juga kepada kebaikan. 

“Menghina atau mengeji manusia lain, sebenarnya juga akan meletakkan diri kita sendiri dalam penghinaan, nauzubillah,” tulisnya lagi.

IKLAN

Untuk rekod, Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.

Kemudian, Aida berkahwin dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu.

Foto/Video : Instagram A. Aida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI