Penyampai radio Suria FM, Dj Lin awal malam tadi akhirnya berkongsi sedutan rakaman video melibatkan prosedur pembuangan fibroid dalam rahimnya yang berjalan lancar minggu lalu.
Perkongsian berkenaan dibuat bintang radio ini menerusi Instagram.
“Ini la proses buang #fibroid dlm rahim #djlin. Nilah jugak punca #Djlin selalu masuk hospital sebelum ni.
“Alhamdulillah ianya berjaya dikeluarkan & kini proses utk memastikan jahitan di rahim segera sembuh. Doakan ya. Tak sabar nak kembali #onair #Suriacinta kat Suria Fm,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para peminat turut mendoakan kesihatan Dj Lin selain ada yang memintanyw untuk berehat sebelum kembali bersiaran.
Terdahulu, DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, 44, selamat menjalani pembedahan membuang fibroid iaitu sejenis ketumbuhan di bahagian rahim.
Proses pembuangan ketumbuhan bersaiz tujuh kali tujuh sentimeter itu berjalan lancar menerusi kaedah pembedahan ‘laparscopic myomectomy’.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...