Penyanyi rap, Joe Flizzow tidak akan menolak peluang untuk kembali bersatu di atas pentas bersama rakan seperjuangan Malique.
Perkara itu dikongsikan Joe selepas timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di tangan Malique dan dia sentiasa bersedia untuk kembali mengubat kerinduan peminat.
“Anda perlu bertanya sendiri kepada Malique. Doakanlah. Jika Malique tonton video ini, ‘it’s on you bro’. Awak yang buat keputusan. Saya sentiasa bersedia.
“Orang bayar RM1 pun saya akan buat. Tak bayar pun saya buat. Kalau saya kena bayar pun saya buat. Anak seni tempatnya di atas pentas. Too Phat adalah pentas pertama saya dan tempat saya belajar segalanya.
Ads
“Too Phat adalah tempat yang menjadikan diri saya yang sekarang. Kalau diberi peluang untuk kembali ke pentas itu, saya terbuka,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Satu Malam Di Temasik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia yang di Le Meridien, Petaling Jaya, pada Rabu.
Terima Banyak Tawaran
Dalam pada itu, Joe memberitahu dia sebelum ini banyak menerima tawaran persembahan bersama Malique namun akur belum tiba masanya mereka bersatu kembali.
“Saya dapat banyak tawaran untuk mengadakan konsert bersama Malique. Jumlah tawaran yang mereka buat itu sangat tinggi. Jawapan saya tetap sama. Bukan wang yang mempengaruhi keputusan kami.
Ads
“Saya tetap konsisten. Saya tetap berada di sini dan tidak pernah ke mana-mana. Saya lalui semuanya. Saya menjawab persoalan untuk semua pihak sejak 20 tahun yang lalu,” ujarnya lagi.
”Kami Seperti Telepathy”
Ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Malique, Joe memaklumkan mereka punyai cara sendiri untuk berkomunikasi.
“Kami belum lagi berhubung. Namun, saya berhubung dengan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Saya gembira dengan usaha-usaha beliau untuk terus berada di industri ini.
Ads
“Saya doakan yang terbaik buat Malique. Selalunya kalau nak berjumpa, saya kena tunggu di telefon saya. Kami ada cara sendiri untuk berkomunikasi. Saya dan Malique seperti ada telepathy,” akhirinya.
Nama bekas anggota kumpulan Too Phat itu kembali menjadi perhatian selepas promoter konsert, Iman Tang ada memuat naik foto di studio rakaman milik Malique iaitu Qarma Studios, baru-baru ini.
Foto tersebut seakan memberikan bayangan bahawa ada sesuatu projek yang telah dibincangkan diantara Iman dan Malique.
Malah, tidak lama selepas itu, Malique pula telah membuka akaun di Instagram setelah sekian lama menyepi daripada media sosial.
Untuk rekod, Joe dan Malique menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dulu bisnes kecil, kini Mutyara jenama megah! Meski ada ketika berlaku turun naik,tapi itulah kehidupan, dedah anak kelahiran Indonesia Tya Arifin yang tidak pernah menyangka akan berjaya melahirkan ‘jutawan’ menerusi perniagaan miliknya, sekaligus mengubah skeptikal wanita tentang kebaikan jamu.
Menurut Tya, dilahirkan dalam keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan tradisi turun temurun nenek moyang, merupakan titik tolak dia nekad mengkormersialkan jamu sebagai suplement tambahan buat wanita.
Pelakon Indonesia yang juga menantu tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, si cantik Tya Arifin dilihat tidak ketinggalan dan mempersiakan warisan itu menjadi amalan dan salah satu ‘rahsia’ kecantikkan miliknya.
Tya Mahu Curah Bakti Melalui MUTYARA!
Bagi Tya, semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur tidak perlu ada rasa takut untuk mengamalkan jamu. Malah, berkat usahanya kini lahir jutawan-jutawan wanita hasil dari menjual jamu. Ohsem!
Memilih untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila memilih untuk menjual jamu. Tya menepis spetikal orang jual jamu sekarang tidak seperti jual jamu di lorong-lorong kedai. Buktinya dia sudah membantu ramai sahabat-sahabatnya menjadi jutawan.
Mutyara Beauty hadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata.
Malah. Ia juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.
MUTYARA Bukan Sekadar Bisnes, Tapi KELUARGA!
Perniagaan ini yang dahulunya secara kecil-kecilan sambil dibantu suaminya, Ibu kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf ini melebarkan sayapnya dengan ada sokongan antara satu sama lain.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang ramai khususnya para wanita untuk mengembalikan tidak hanya kecantikkan malah kesihatan dan dalam masa sama, mengubah nasib mereka dengan menjana pendapatan lumayan.
“Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan di Mutyara. Tya mahu semua usahawan yang bernaung dibawah Tya rapat dan melangsungkan persaingan sihat. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa yang dibuat.
“Meski ada ketika berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Namun, apa yang boleh Tya katakan, saya gembira bersama keluarga Mutyara. Tya yakin usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kerana Tya berikan peluang sama rata kepada semua,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Nadia Mohd. Affandi yang sebelum ini ada membuat pengakuan sudah berpisah dengan suami, pelawak Tauke Jambu menerusi sebuah portal hiburan dikatakan mendedahkan pula dia yang bersalah dalam semua hal berkaitan kemelut rumah tangga yang melanda.
Pendedahan tersebut dimuat naik menerusi Insta Stories akaun Instagram yang dikatakan milik Nadia.
“Here I want to say sorry to Tauke Jambu. Yes betul I yang salah dalam semua hal. Dia tak salah apa yang dia katakan tu semua betul.
“Statment I yang silap sebelum ni gara-gara terlalu ikutkan hati baran semua,” tulisnya.
Pada masa sama, pemilik akaun berkenaan turut meminta agar semua pihak berhenti kecam Tauke.
“So U guys stop kecam dia k. Dia tak salah. Once again im so sorry to Tauke Jambu,” kongsi status itu lagi.
Terdahulu, Tauke juga turut mengambil pendirian untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung pengakuan Nadia berkenaan isu perpisahan.
Sebaliknya, dia hanya memuat naik beberapa posting di Instagram yang membayangkan situasi yang dialami. Bagainamanapun, Tauke tetap membalas sebahagian komen netizen.
Sebagai rekod, pasangan itu bernikah pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina, 3 bulan.
Foto: Instagram Tauke/Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pentas realiti nyanyian untuk golongan otai kembali dengan lebih berbisa! ‘Kilauan Emas 2025’ bakal menemui penonton mulai 16 Ogos ini, setiap Sabtu jam 9...