Filem Istanbul Aku Datang yang diterbitkan hampir 11 tahun yang lalu merupakan antara filem romantik komedi terbaik yang pernah dihasilkan pengarah tempatan.

Gandingan mantap pelakon utamanya iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy masih lagi membekas di hati penonton sehingga hari ini.

Malah, filem ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu membuat para penonton terus tersenyum walaupun sudah menontonnya berulang kali.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Lisa dan Beto dilihat kembali menjayakan watak sebagai Dian dan Harris dalam sebuah video kempen bagi mempromosikan sebuah produk makanan.

Kolaborasi tersebut nyata membuatkan netizen berasa teruja seterusnya mengimbau kembali momen-monen indah lebih sedekad yang lalu.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menyifatkan video tersebut sebagai pengubat rindu untuk melihat Lisa dan Beto kembali berlakon bersama.

“Comel betul. Awak mesti tak tahu berapa kali saya tengok filem Istanbul Aku Datang. Saya pun tahu sebab tak terkira.

“Ya Allah, bestnya. Macam dalam filem.

IKLAN

“Kenangan sungguh bila tengok watak diorang.

“Ni spin off baik punya.

“Rindunya movie ni. Ingat lagi hampir setiap hari tengok movie ini dulu. Sampai hafal semua skrip,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Selain Lisa dan Beto, video berkenaan turut menampilkan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 1.2 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Lisa Surihani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI