MH tahu pasti ramai diluar sana tertanya-tanya bagaimana isteri kepada pengasas produk kosmetik D’Herbs, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid boleh bertahan dengan suaminya Datuk Seri Aliff Syukri bukan?

Diam tak diam, usia hubungan mereka berdua telah menjangkau 11 tahun! Sering diberi simpati kerana miliki suami yang ‘riuh’ Shahida punyai alasan dan jawapannya tersendiri mengapa sehingga kini masih bersama suami yang sering dilabelkan sebagai ‘gila glamour’ oleh netizen!

Nur Shahida Kongsi 5 Point Mengapa Aliff Syukri Sempurna Di Matanya!

Shahida yang tidak lokek berkongsi cerita memberitahu kepada MH ada beberapa sebab mengapa dia cintakan suaminya itu…

1. “Dia seorang suami yang tidak keluar malam melepak mahupun mengutuk orang sesuka hati…”

Kalau korang perasan, Aliff Syukri memang seorang yang sangat mementingkan keluarganya. Jarang sungguh kita lihat Aliff keluar tanpa isteri dan anak-anaknya apatah lagi jika ingin berfoya-foya kan?

 

2.“Aliff seorang yang baik daripada orang lain…”

IKLAN

Ya, baik itu subjektif, namun sebagai seorang isteri pasti Shahida lebih tahu sejauh mana keihlasan dan betapa baik hati suaminya itu bukan?

 

3.“Seorang anak yang sangat sayangkan ibunya”

 

Menurut Shahida, setiap kali ibunya datang ke rumah mereka, Aliff akan berusaha untuk masak dan hidangkan makanan tersebut dengan dekorasi yang cantik.

IKLAN

Malah, jika boleh suap pasti dia akan suapkan ibunya itu. Menurut Shahida, dia tidak pernah jumpa lelaki seperti ini.

 

4.“Jujur, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang tua”

berdiri ditapak kaki sendiri ni lebih bermakna sbb kita rasa betapa susahnya nak berjaya ..lagi-lagi budak tak pandai sekolah mcm saya .. . . bak kata abah saya..tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ketahap ini.. hanya Allah shja tahu betapa gembiranya kami…bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan….keseronokan ini sy kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.. .. . . abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani ..walaupun dia x membantu dr segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahgia sbb sia pun susah….dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya….kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1…begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama ..dah niaga lama baru nak merasa smua ni sbb tu saya jakun skit??…saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2bilik sek 20shah alam block 19 adik beradik 7org sebalah abah ..mak bapak saya bercerai.. . . syukur segalanya berubah ..sekrang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik…dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal…..sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk..sy harap abah dan mak saya tahu aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit deleksia punya semangat yg besar… anton (nama manja saya masa kecik) syg mak abah sampai syurga❤️❤️❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dari cara Aliff bercakap dengan ibunya sahaja kita sudah tahu bagaimana cara dia berkomunikasi dengan seseorang yang lebih berusia.

IKLAN

Malah MH akui, sepanjang kami menghubunginya untuk temu ramah, Aliff seorang yang sangat simple, humble dan tidaklah seperti apa netizen gelarkannya.

 

5.“Ya, memang mulut cabul tetapi hanya marah 5 minit”

Menurut Shahida Aliff mungkin lantang bila berkata apatah lagi jika ‘naik angin’ tetapi dia tidak menyimpan dendam atau memanjangkan cerita. Dia hanya marah ketika itu dan selepas 5 minit dia akan reda seperti biasa.

Hmmm bagus betul Shahida, untung betul Aliff memiliki seorang isteri yang sangat penyabar dan serba sederhana ini. MH puji betul Datin kerana sentiasa tabah dengan segala tomahan yang sering dilemparkan netizen kepada dirinya gara-gara keletah suaminya.

Apapun inilah dia orang kata kasih sayang seorang isteri bukan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI