Penyanyi Noraniza Idris menyangkal dakwaan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober depan sebagai terlalu mahal.

Noraniza berkata, harga yang diletakkan disifatkan sebagai berbaloi dengan persembahan yang bakal dipertontonkan dan tidak banyak beza dengan harga konsert yang pernah diadakan di lokasi sama sebelum ini.

“Mahal ke? Saya rasa macam okay sebab  sudah buat rujukan harga tiket konsert penyanyi lain yang pernah diadakan di Istana Budaya sebelum ini.

“Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1,100. Jadi saya hanya tambah sedikit sahaja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.

Noraniza Idris Jawab Dakwaan Tiket Cekik Darah; “Mahal Ke? Saya Rasa Macam Okay Sebab…”

“Lagipun nilai yang saya tetapkan berbaloi dengan persembahan yang bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Noraniza ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Untuk konsert berskala besar terbabit, penyanyi lagu Awallah Dondang itu turut mengumumkan menerima dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.

“Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo.

“Bagaimanapun saya masih mengalu-alukan penaja lain yang sudi membantu membiayai konsert ini,” katanya lagi.

IKLAN

Noraniza Idris Jawab Dakwaan Tiket Cekik Darah; “Mahal Ke? Saya Rasa Macam Okay Sebab…”

Malai Solo yang dianjurkan NIPV Managament Sdn Bhd bakal menyaksikan Ratu Etnik Kreatif itu mempersembahkan sebanyak 24 buah lagu termasuk medley.

Menariknya, konsert berdurasi dua jam itu akan diserikan dengan persembahan lebih 300 penari kebudayaan dari seluruh negara.

“Seperti yang ramai tahu identiti saya memang akan datang dengan segerombolan penari.

IKLAN

“Itu juga yang saya terapkan dalam konsert ini termasuk diketuai oleh pengarah muzik berpengalaman, Datuk Ramli MS.

“Saya harap konsert ini akan dapat terus mengangkat martabat Irama Malaysia yang selama ini saya perjuangkan supaya ia terus relevan lebih-lebih kepada generasi masa kini,” katanya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM299, RM399, RM899 dan RM1,599.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI