Bila bercakap mengenai bahaya merokok, perkara ini sebenarnya sudah lama diberikan penekanan bermula daripada peringkat institusi keluarga, sekolah mahupun kerajaan.
Biar sudah ‘berbuih’ mulut memberikan nasihat dan pelbagai langkah pencegahan telah dijalankan, namun, perkara ini masih lagi dianggap remeh bagi segelintir pihak.
Menurut laporan Berita Harian, tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi mendapati 4.7 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas mempunyai masalah ketagihan merokok.
Tahukah anda apabila sebatang rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 6,000 bahan kimia yang memudaratkan. Di kalangannya, 100 daripada bahan kimia tersebut dikatagorikan sebagai berbahaya.
Bahan-bahan ini termasuk arsenik, benzene, benzopirena, karbon monoksida, logam berat, hydrogen sianida dan nitrosamina yang khususnya berkaitan dengan tembakau.
Asap yang dihasilkan daripada rokok merupakan antara punca utama seseorang itu mengidap penyakit yang terkait dengan rokok seperti kanser paru-paru.
Ads
Asap rokok bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri sendiri malah orang sekeliling yang digelar sebagai perokok pasif.
Menurut pakar, punca ketagihan merokok adalah kerana nikotin, tetapi nikotin bukan penyebab utama kepada penyakit akibat merokok.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan beralih kepada produk alternatif bebas asap rokok seperti rokok elektronik yang kurang mudarat jika perokok tidak sudi atau tidak boleh berhenti merokok. Malah, ia juga dapat membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekali gus mendorong seseorang itu berhenti merokok.
Berdasarkan data dari Imperial College London, kira-kira 98 juta pengguna di seluruh dunia sudah bertukar kepada rokok elektronik dan snus bagi menggantikan rokok tembakau.
Ads
Bagaimanapun, kanak-kanak dan golongan bawah umur dinasihatkan untuk tidak mendekati apa sahaja produk yang mengandungi nikotin dan tembakau.
Memetik laporan Utusan Malaysia yang menemu bual Penyelidik Kanan University of Patras, Greece, Dr. Konstantinos Farsalinos, kaedah alternatif ini sememangnya amat membantu perokok untuk berhenti merokok secara berperingkat.
“Kita tahu berhenti merokok adalah perkara yang sangat sukar untuk dilakukan. Kaedah pengambilan ubat untuk berhenti merokok juga kurang berjaya dengan kadar kegagalan sebanyak 78 peratus kerana perokok tidak mampu berhenti untuk jangka panjang.
Ads
“Kami juga tahu ada perokok yang belum bersedia untuk meminta bantuan perubatan. Oleh itu, saya rasa tidak masuk akal untuk mengasingkan perokok dari alat tambahan seperti vape yang merupakan pilihan pertama bagi perokok-perokok yang tidak dapat berhenti merokok dengan kaedah yang telah diluluskan,” katanya seperti yang dipetik.
Selain menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik, rokok juga mengandungi tar yang ditinggalkan semasa pembakaran tembakau. Tar yang dihasil ketika menghisap rokok secara automatik akan masuk ke dalam paru-paru.
Lama-kelamaan, paru-paru yang pada mulanya berwarna merah jambu akan bertukar menjadi kegelapan seandainya tabiat merokok tidak dikawal. Akibatnya, paru-paru tidak dapat berfungsi dengan normal dan keupayaan untuk menyerap oksigen yang diperlukan badan juga akan terganggu.
Kesimpulannya, rokok sememangnya mengandungi pelbagai kandungan yang mampu mendatangkan kemudaratan buat tubuh kita. Ikutilah saranan-saranan yang telah dikongsikan di atas bagi memastikan tabiat merokok ini dapat dikurangkan atau lebih baik jika diberhentikan secara terus.
Sumber: Berita Harian & Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ada berkongsi kata nasihat yang disampaikan oleh pakar motivasi terkenal, Prof Muhaya mengenai ujian hidup.
Menurut Muhaya, setiap dugaan yang berlaku merupakan satu ujian untuk menguji kekuatan dalam diri.
Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah menasihati agar orang yang sedang menimpa ujian hidup untuk sentiasa bersangka baik dengan aturan Allah S.W.T.
“Beautiful reminder frm bonda kita Dato Prof Muhaya.
“Moga kita semua sentiasa husnudzan pada Allah swt.
“Serta sentiasa istiqamah dalam ibadah kita pada maha pencipta”, tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat menitipkan kata semangat buat penyanyi Di Persimpangan Dilema itu untuk terus cekal dan tabah.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur apabila dapat memiliki sebuah rumah baru hasil titik peluhnya sendiri.
Dalam masa sama, pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu turut menasihati agar sentiasa bersyukur atas setiap pemberian dari Pencipta.
“Bersangka baik dengan Allah, sabar itu indah.
“Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa sy. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni. Kenapa?
“Sy percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita. Goodluck sayang @deenaemir dengan @qaabilabeauty. Dan mari usaha dengan @juzfitofficial. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Saharul pada masa sama turut mendoakan agar rezeki tahun ini terus dimurahkan oleh Yang Maha Esa.
“Semoga tahun 2020 ni, makin meriah dengan rezeki dari Allah.
“Cukupkan lah segala rezeki yang Kau beri. Jauhkanlah istidraj. Amin Ya Rabb.
“P/s: Jangan doa je semata, tapi semua yang wajib kita abaikan, yang dilarang kita dekatkan. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin,” tulisnya.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.