Meskipun sudah lebih seminggu ditayangkan di pawagam, penangan dan fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan masih lagi kian terasa.

Rata-rata peminat filem tempatan dilihat tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri karya hebat arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof itu.

Terbaru, salah seorang peneraju utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Fattah Amin akui teruja apabila berkesempatan untuk menonton filem lakonannya itu bersama-sama salah sebuah kelab silat tempatan.

“Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin “Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin

Menurut Fattah, perasaan menonton filem ini bersama pesilat-pesilat sebenar sememang berbeza daripada yang sebelumnya.

“Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial .

“Terima Kasih menjemput ‘Awang’ dan sempat impromptu bunga silat dan tempur silat. Terima kasih buat semua yang hadir,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Nur Fazura itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

IKLAN

“Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin “Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin

Sewaktu tayangan tersebut, Fattah juga dilihat sempat mempersembahkan demontrasi silat tempur tiga lawan satu.

@fattahamin Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial ♬ Mentera Semerah Padi 04 – M. Nasir & Spider

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum melihat aksi Fattah yang lincah bersilat itu.

IKLAN

“Happy bila tengaok Fattah dapat recognition yang dah lama dia deserve.

“Suka tengok Fattah Amon berlakon dalam filem ni.

“Tahniah Awang. Memang kena pada orangnya.

“Lepas ni semua nak belajar silat sebbakan filem Mat Kilau. Terbaik. Anak saya pun nak suruh belajar silat juga.

IKLAN

“Tahniah Fattah Amin. Dia sememangnya seorang pelakon yang berbakat,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.

Setakat ini, video yang dikongsikan telah pun meraih hampir dua juta tontonan.

“Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin “Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima Demonstrasi Tempur Fattah Amin

Menerusi filem ini, Fattah membawakan watak sebagai Awang . Selain Fattah, filem ini juga turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan Asaari dan ramai lagi.

Terdahulu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga telah berjaya memecahkan rekod untuk meraih jumlah kutipan tiket mencecah lebih RM23 juta pada minggu pertama tayangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI