Puteri Sarah Saman Individu Tabur Fitnah; “Pengajaran Kepada Orang Luar Jangan Buat Sebarang Spekulasi…”

Bersikap keterlaluan melemparkan fitnah, pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Sarah memuat naik notis tuntutan saman terhadap individu tersebut serta komen-komen fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh.

“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.

“If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling anda sahaja, thanks,” tulis Sarah.

IKLAN

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut berkongsikan komen-komen daripada individu tersebut yang dipercayai sebagai komen balas di atas kenyataan yang pernah dikeluarkan Sarah mengenai kemelut rumah tangganya sebelum ini.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provok satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.

IKLAN

Terdahulu, Sarah telah memfailkan saman terhadap individu ketiga iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Kes tersebut akan disebut semula pada 23 Ogos depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Puteri Sarah Liyana