Foto terbaru yang dimuat naik pelakon, Aiman Hakim Ridza di laman Instagramnya membuatkan para peminat khususnya wanita menjadi tidak keruan.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Aiman menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy A9 di ibu kota pada Khamis.

“Congratulation to Samsung for the new Samsung A9 launch and thank you for inviting me. I have a wonderful experience,” tulisnya dalam bahasa hangul (Korea).

Susulan itu, ramai peminat-peminat memberikan pujian menggunung kepada Aiman terutamanya para peminat ‘Kpop’.

Namun, apa yang menarik perhatian MH apabila rakan baik Aiman, Sharifah Sakinah turut sama meninggalkan komen.

“Dengan ini aku stop makan, mana boleh handsome sorang,” tulisnya.

“Ini bukan wingman dah ni rival,” balas Aiman semula.

Oh my! Tidak dinafikan Aiman memang kelihatan ‘hot’ dalam foto-foto tersebut,manalah Sakinah tak cemburu kan? Apa-apapun, kita doakan yang terbaik buat Aiman dan moga-moga dia cepat bertemu jodoh ya!

Foto/Instagram: Aiman Hakim Ridza

Apa Kata Anda