Bukan mudah sebenarnya bagi pengacara, Nadia Annuar, 34 tahun mengambil keputusan untuk berhijab, apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil kira.

Dalam perkongsiannya bersama MH, Nadia mengakui bahawa dia sebenarnya sudah lama tergerak hati untuk berhijrah namun proses tersebut memakan masa.

 Netizen Kena Supportive bila Selebriti Berhijrah- Nadia Annuar Kongsi Tips Berhijrah

IKLAN

” Kadang-kadang kita kena ‘choose the right moment’ dan masa yang sesuai bagi saya adalah selepas mendirikan rumah tangga dan seterusnya semasa mengandung, dua tahun lalu.

“Ketika itu, bulan ramadan jadi saya suarakan pada suami untuk bertudung, masa itu agak takut-takut lagi dengan penerimaan masyarakat sebab kita tahulah orang sekarang macam mana kan.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mencuba memakai tudung selama sebulan, nak tengok penerimaan orang. Bila dah tamat ramadan, hati saya memang dah nekad nak bertudung dan nak buat kerana Allah SWT.

“Alhamdulillah, penerimaan orang ramai dan ahli keluarga sangat baik. Malah suami sendiri sering menegur jika pakaian saya tidak sesuai, Alhamdulillah, dia melengkapkan perjalanan saya walaupun masih tidak sampai ke destinasi tetapi ke tempat yang lebih baik,” katanya.

Wow! seronok MH dengar cerita Nadia…bagusnya kalau ada suami yang dapat bantu dan pimpin isteri ke syurga kan?

 Netizen Kena Supportive bila Selebriti Berhijrah- Nadia Annuar Kongsi Tips Berhijrah

IKLAN

Dalam pada itu, Nadia juga turut berkongsi dua tips untuk terus memulakan menutup aurat dengan sempurna.

IKLAN

“Bagi saya, generasi sekarang perlu tahu bahawa tahu bahawa sebab utama mereka untuk memakai tudung adalah kerana Allah SWT dan bukannya kerana ada sebab lain contohnya putus cinta ke apa.

“Kalau bertudung kerana sebab seperti itu, tidak mustahil bila korang jumpa cinta baru, akan lupa niat nak bertudung tu. Jadi, tips Nadia adalah buat keputusan untuk bertudung itu semasa korang tengah betul-betul gembira kerana masa itu hati korang akan lebih tetap.

“Selain itu, netizen kenalah lebih supportive dan tidak mengecam keterlaluan. Jangan sedap sangat kecam sampai dapat dosa sebabkan individu itu buka tudung.

“Kita tak tahu hati seseorang itu macam ada, ada yang kuat macam Nadia ni yang jiwa kuat, hehehe. Tapi ada juga yang rapuh dan mudah terpengaruh.

“Apa-apapun, netizen haruslah bijak menegur dan berikan teguran yang positif,” katanya lagi.

 Netizen Kena Supportive bila Selebriti Berhijrah- Nadia Annuar Kongsi Tips Berhijrah

MH bersetuju dengan pendapat Nadia ini sebab yalah, orang kalau baru nak start bertudung pun akan luntur jiwanya kalau asyik dikecam hari-hari. Apa-apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja pada mereka yang baru nak berhijrah ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI