Peguam yang mewakili penyanyi, Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berharap agar semua pihak tidak membuat andaian melulu dengan mengatakan anak guamnya sengaja ingin mencipta kontroversi demi menaikkan nama.
Menurut Azfar, dia sendiri menasihati Baby Shima untuk membuat laporan polis terhadap pihak penganjur yang telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran demi kepentingan peribadi.
Katanya lagi, sekiranya perkara ini tidak dibentung, ia berkemungkinan bakal berulang lagi pada masa akan datang.
“Bagi saya, anggapan-aggapan seperti ini sememangnya tidak patut. Lagi-lagi bila nama artis atau penggiat seni ini telah didaftarkan. Jadi, individu-individu seperti ini tidak boleh dipertahankan dan dibiarkan untuk melakukan hal ini.
“Lebih-lebih lagi untuk menguntungkan diri sendiri atau apa-apa program yang mereka anjurkan. Saya nasihatkan Shima untuk buat laporan ini sebab kita mahu mereka ini berhenti menggunakan nama mana-mana anak seni untuk kepentingan diri sendiri.
“Jadi, kita kena serius dalam hal ini. Oleh itu, kita minta pihak polis untuk mengambil tindakan,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Shima pula memaklumkan dirinya sudah pun lali kecaman-kecaman yang sering dilemparkan netizen terhadap dirinya.
“Bagi saya, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Buatlah apa sahaja, pasti ada sahaja yang tak kena. Sebagai contoh, baru-baru ini, saya ada memuat naik video bermanja-manja bersama kucing tapi hasilnya masih sama.
“Saya tetap terima kecaman daripada bermacam-macam orang. Apa yang saya perasan, bukan saya seorang sahaja yang kena. Nealofa yang menutup aurat itu pun tetap kena kecam dengan netizen,” katanya.
Ads
Tambah penyanyi Bang Jamal ini lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa menghiraukan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“Zaman sekarang ini, orang ramai dah terbiasa dengan perbuatan kecam mengecam ni. Bagaimanapun, saya tetap dengan pendirian untuk tidak mengambil pusing dengan apa yang orang luar perkatakan.
“Saya dapat buat apa yang saya mahu kerana saya menjadi diri sendiri. Kalau nak menari di Tik Tok saya akan menari. Kalau nak buat konten yang menghiburkan orang, saya akan buat.
Ads
“Namun, apapun yang saya buat, tetap kena kecam. Jadi, saya memilih pendekatan untuk membiarkan sahaja apa orang nak cakap. Apa yang penting, kita tak ganggu orang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh Shima pada Jumaat terhadap seorang penganjur majlis yang didakwa telah menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi.
Malah, Shima turut memaklumkan isu tersebut telah pun berlarutan sebanyak tiga kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir 2 minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh (PKP 3.0), pihak kerajaan sekali lagi telah memutuskan untuk menyambung perlaksanaan PKP di seluruh negara selama dua minggu lagi bermula 15 Jun ini.
Lalu pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dia kekal duduk di rumah sejak 2 minggu yang lau kecuali atas urusan kerja bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan dengan harapan agar kes positif Covid-19 mampu dikurangkan.
“Setelah hampir 2 minggu tak keluar langsung. Kalau nak beli apa-apa pun order online. Betul-betul lockdown dengan harapan case akan turun,” tulisnya.
Bagaimanpun, pengacara rancangan Melodi ini meluahkan rasa kecewa apabila kes positif Covid-19 masih tinggi hingga PKP dilanjutkan lagi dalam tempoh 2 minggu.
“Tapi bila semalam dapat tahu PKP sambung Lagi 2 minggu. Memang kena keluar jugak ambik angin.
“Btw, nak kulit cantik,cerah & gebu..pakai pencuci muka @whitefluffy.my. Nak Argan oil wangi & murah ! Boleh check out IG @sephia.my,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan perlaksanaan PKP selama 2 minggu selepas negara masih mencatatkan rekod kes positif wabak berkenaan melebihi 5,000 sehari.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon lelaki tampil membuat laporan polis apabila mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata, awal pagi tadi.
Sumber berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Jinjang, di sini, jam 6.30 pagi tadi.
“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.
“Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.
“Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini, lapor Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...