Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz akui teruja dan bersyukur kerana urusan membawa anak sulung mereka, Muhammad Bilal dipermudahkan.

Neelofa bagaimanapun berkata, dia pada mulanya rasa gementar memandangkan ia pengalaman pertama bagi Bilal.

“Apa pun, kami akan pastikan Bilal lengkap divaksin sesuai dengan umurnya. Begitu juga dengan kelengkapan ubat-ubatan. Selebihnya kami berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar, dikurniakan kesihatan yang baik.

“Apa pun, saya dan suami gembira bila dapat sama-sama bawa anak berangkat tunai umrah. Memang sudah berhasrat sejak awal.

“Malah kedua-dua ahli keluarga kami pun turut serta. Indah bila dapat sama-sama cipta memori di Makkah dan Madinah. Selain beribadah, sudah tentu kami mahu berdoa segala apa yang baik-baik kepadaNya, insya-Allah,” katanya.

Neelofa, PU Riz Syukur Rezeki Dapat Bawa Bilal Tunai Umrah, Perjelas Pakej RM35,000 Yang Dikatakan Mahal Neelofa, PU Riz Syukur Rezeki Dapat Bawa Bilal Tunai Umrah, Perjelas Pakej RM35,000 Yang Dikatakan Mahal

Pasangan itu berkata demikian ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut bersama-sama pada sesi tersebut ialah Executive Chairman, Omrah Travel, Datuk Ahmad Tajuddin Iris dan Mutawwif khas, Sheikh Mahmoud Al-Wosabi.

Dalam pada itu, Neelofa juga menjelaskan pakej umrah yang mencecah sehingga RM35,000 bagi seorang jemaah seperti mana yang dikongsikan di media sosialnya sebelum ini.

IKLAN

Sebenarnya, pakej yang ditawarkan itu merangkumi pelbagai kemudahan dan keselesaan jemaah termasuk penginapaan di hotel mewah di Makkah dan Madinah.

Jelas Neelofa, hotel yang dipilih agensi Omrah Travel ialah iaitu InterContinental Dar al Tawhid Makkah dan The Oberoi Madinah yang mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik di sana.

“Tidak saya nafikan apabila berkongsi poster itu, ramai yang kata mahal dan sebagainya. Tapi saya tak salahkan tanggapan tersebut kerana mungkin ada yang tidak berapa familiar dengan hotel Dar al Tawhid Makkah dan The Oberoi Madinah.

“Saya pernah ke hotel itu beberapa kali dan rasa mudah dengan jarak sangat dekat selain servis yang ditawarkan cukup baik. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita dan orang tua.

“Untuk kita jelaskan satu-persatu kepada orang yang pertikaikan harga ini memang sukarlah, melainkan merela betul-betul rasai pengalaman itu. Sebenarnya kalau nak dapat harga untuk kedua hotel itu secara sendiri, mungkin lebih RM15,000.

IKLAN

“Rasa boleh buat penjimatan dan bertuah sebab kita pergi secara berkumpulan dan ada harga istimewa. Bila sudah ‘booked’ jumlah bilik yang banyak, mungkin dari situ harganya jadi istimewa,” katanya.

Neelofa, PU Riz Syukur Rezeki Dapat Bawa Bilal Tunai Umrah, Perjelas Pakej RM35,000 Yang Dikatakan Mahal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omrah Travel (@omrahtravel)

Sementara itu, Chief Marketing Officer, Omrah Travel, Datin Saiyidah Othman akui pakej itu juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang lazimnya digunakan golongan kenamaan (VVIP) sahaja.

“Kenapa saya cakap sangat berbaloi, ini kerana rasanya masih belum ada agensi lain yang berani jual pakej yang mempunyai servis yang selalunya orang-orang kenamaan dan orang besar negara saja yang menggunakannya.

IKLAN

“Namun Omrah Travel berjaya realisasi kerana hubungan baik dengan mereka yang boleh menguruskan perkhidmatan tersebut.

“Senang cerita, servis ini seperti ‘you sampai, turun saja sudah ada kereta menunggu di sebelah kapal terbang. Ia servis yang turut digunakan Neelofa sebelum ini.

“Jadi sebab itulah Neelofa mahu lebih ramai jemaah yang berpeluang gunakan kemudahan yang sama. Mereka juga akan bawa jemaah ke lounge VIP yang selesa dan pihak imigresen yang akan datang untuk uruskan passport,” katanya.

Neelofa, PU Riz Syukur Rezeki Dapat Bawa Bilal Tunai Umrah, Perjelas Pakej RM35,000 Yang Dikatakan Mahal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omrah Travel (@omrahtravel)

Neelofa dan suaminya serta anak mereka kini berada di Tanah Suci selama 12 hari bagi mengerjakan umrah bersama jemaah lain, mengikuti servis agensi Omrah Travel.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI