Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia masih lagi solo sekaligus menyifatkan tindakan pengacara dan usahawan, Neelofa yang seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah mempunyai kekasih adalah gurauan semata.
Baru-baru ini, Neelofa, menerusi sesi siaran langsung di Instagram, mengusik dengan cuba mendedahkan pangkal nama kekasihnya.
“Lofa (Neelofa) tu main-main saja,” katanya ringkas, memetik Harian Metro.
Malah Sufian, 30,menambah, buat masa ini dia masih sendiri tanpa ada teman istimewa di sisi.
Ads
“Tak ada pun sebenarnya. Ketika itu kami sedang dalam penggambaran, lepas tu saya bagi tahu mengenai ‘crush’. Kemudian Lofa mengusik.
“Hakikat sebenar saya memang tidak ada sesiapa pun lagi. Masih lagi membujang dan mencari,” katanya lagi.
Ads
Ditanya sejauh mana kebenaran dia bercinta dengan seorang selebriti wanita seperti dakwaan peminat, Sufian yang juga popular dengan lagu Di Matamu menafikan perkara terbabit.
“Yang kata dengan selebriti pun tak betul. Tidak. Itu hanya gurauan semata-mata. Tiada selebriti atau orang biasa pun buat masa ini,” katanya.
Sejak kebelangan ini, isu mengenai para usahawan yang menerbitkan single meskipun tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian menjadi antara topik hangat yang diperkatakan oleh para pemain industri.
Ada diantara mereka yang menganggap kehadiran para usahawan atau pangasas produk ini sebagai ‘perosak’ di dalam industri seni tanah air.
Isu ini nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah penyanyi senior, Datuk Aishah Ariffin.
Menurut Aishah, di dalam industri yang berkembang pesat, tiada seorang pun yang berhak melarang sesiapa sahaja untuk menghasilkan karya mereka sendiri.
“Panas didebatkan mengenai founder-founder yang merakamkan single dan terjun dalam industri muzik. Siang-siang saya tulis tak payah kecam apa yang saya tulis. Ini adalah pendapat saya.
“Sebagai artis yang mencari makan berpuluh tahun dalam industri ini, saya faham dan dalam banyak hal, saya setuju dengan pendapat teman-teman artis.
“Tapi realiti sebenarnya sekarang, kita tak boleh halang sesiapa untuk merakamkan suara mereka. Cuma kalau kita boleh bekerjasama untuk menjaga quality produk yag dikeluarkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aishah tetap merasakan sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam bidang nyanyian haruslah sekurang-kurang mempunyai ilmu asas agar hasil akhirnya nanti tidaklah terlampau teruk.
Katanya lagi, lagu yang ‘trending’ di platform media sosial tidak bermakna memiliki kualiti yang bagus.
“Ada kesedaran dan muhasabah diri dalam tahap bakat masing-masing. Contohnya, kita kena faham bahawa hakikatnya walaupun lagu kita trending itu tak bererti lagu dan nyanyian kita bagus. Ia sekadar content dalam akaun media social kita.
“Trending does not necessarily equals to talent. Boleh je kita sama-sama cuba support each other, dengan menggalakkan sesiapa yang nak buat rakaman pergilah sekurang-kurangnya belajar basic.
“Sekurang-kurangnya boleh hold a melody. Bahagian produksi pun boleh gunakan macam teknologi. Di luar negara tu ramai artis yang apa saya panggil ‘created’,” ujarnya lagi.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aishah turut menyeru kepada pihak berwajib untuk memperkasakan matapelajaran muzik di peringkat sekolah agar didikan awal dapat diberikan sejak diusia muda.
“Pendengar juga kita kena ‘educate’ mungkin sudah masanya ada subjek basic music and appreciation’ di sekolah supaya orang-orang kita tahu menilai yang mana the real talent dan yg mana sekadar hiburan suka-suka.
“Chill…seni itu luas interpretasinya. Lets try to work out what is best for our music industry,” akhirinya.
Aishah turut menambah, semua pihak seharusnya berganding bahu agar industri muzik tanah air dapat berkembang ke tahap yang lebih baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan sebuah kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat adik-beradik yang dikenali sebagai The Sara Sisters.
Mungkin ramai yang telah mengenali mereka sebelum ini sebagai bintang TikTok popular dan sering trendingmelalui konten-konten menarik yang dihasilkan.
Berasal dari Kuala Lumpur, The Sara Sisters terdiri daripada Sara Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20.
“Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Rocketfuel kerana sudi menyunting kami 4 beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.
“Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada tahun 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai,” kata Sara Jasmin.
Kumpulan adik-beradik ini adalah yang pertama seumpanya di Malaysia kerana belum pernah ada sebuah kumpulan nyanyian dengan 4 orang bersaudara sekaligus.
“Ramai yang menyangka kami adalah quadruplet atau kembar 4 kerana memiliki raut wajah yang seakan-akan sama, namun hakikatnya setiap dari kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.
“Mungkin kerana keistimewaan itulah kami menjadi perhatian sehingga dipelawa menjadi sebahagian dari keluarga besar Rocketfuel,” jelas Sara Alia pula.
Walaupun mereka mempunyai rupa yang seiras, masing-masing berperwatakan yang berbeza, Sara Jasmin lebih prihatin, manakala Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila pula seorang yang happy-go-lucky, dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan yang tinggi.
“Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk memperdengarkan single sulung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah semuanya bakal menjadi kejutan kerana kami mahukan sesuatu yang lain dari lain. Lagu pertama itu nanti bakal menjadi bayangan jenis muzik yang akan kami bawakan kelak,” kongsi Sara Aqila.
Selain bidang tarian dan nyanyian, The Sara Sisters sering menjadi duta jenama-jenama tempatan dalam mempromosikan produk mereka.
“Kalau boleh, kami mahu betul-betul fokus pada bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lainnya.
“Sebagai kumpulan 4 beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu memberi saingan sihat pada girl group yang sedia ada,” terang Sara Qaleesya.
Menurut Feros Sayna selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, The Sara Sisters mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
“Selain bersaudara, mereka mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan juga tarian, dan sekiranya digilap, mereka mampu pergi jauh.
“Semoga ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka dalam mewarnai industri muzik tempatan dan menjadi kumpulan M-pop yang terkenal pada satu hari nanti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...