Setiap pasangan pastinya mempunyai ‘love language’ atau bahasa cinta mereka tersendiri dalam menzahirkan perasaan sayang terhadap satu sama lain.

Bakal pengantin baharu, penyanyi Aizat Amdan dan bakal isteri, Elyssa Alia Ilias, 34, juga mempunyai bahasa cinta mereka tersendiri yang boleh dikatakan agak unik.

Secara berseloroh, Elyssa berkata pertambahan berat badan Aizat, 33, mungkin disebabkan aktiviti ‘dating’ mereka yang sering melibatkan makanan.

“Kami suka makan, itu love language kami! Kalau ada orang tegur Aizat semakin sihat, secara jujurnya, ia adalah disebabkan saya,” kongsi Elyssa kepada MH.

“Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’ “Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’

Elyssa yang juga merupakan pengurus peribadi Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi itu, Hanya Kita Dua yang diadakan di pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menariknya, Hanya Kita Dua merupakan lagu dedikasi khas Aizat buat bakal suri hatinya itu. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan bersama Aizat dan komposer Mel Ramlan.

IKLAN

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Elyssa berkata mereka bertemu buat pertama kali ketika diberi tugasan untuk menemubual Aizat ketika dia berkhidmat di sebuah stesen radio beberapa tahun lalu.

“Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’

“Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’

“Terus terang saya tidak mengenali siapa Aizat Amdan, waktu first time saya nak interview Aizat, saya ‘googled’ dia.

IKLAN

“Bila dah interview, setahun kami tak bercakap, kemudian dia ada lagu baru, dia datang balik ke tempat kerja saya (untuk tujuan promosi lagu).

“Daripada situ kami berborak dan kebetulan kami menetap di kawasan kejiranan sama.

“Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’ “Kami Suka Makan, Itu ‘Love Language’ Kami,” – Bakal Isteri Pecah Rahsia Kenapa Aizat Amdan Makin ‘Sihat’

IKLAN

“Sejak daripada situ, kami tak pernah makan seorang… setiap malam kami akan keluar dinner,” kongsi Elyssa yang berkata dia tertarik dengan keperibadian Aizat yang disifatkan seorang lelaki yang baik.

Pada Rabu lalu, Aizat mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan bakal suri hatinya kepada pihak media.

Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada 14 Ogos ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Aizat, Elyssa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI