Neelofa Akan Dedah Wajah Penuh Muhammad Bilal Tak Lama Lagi

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan dia terbuka untuk mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, kepada umum tidak lama lagi.

Neelofa, 33, berkata dia tidak mahu menyekat dan sebolehnya mahu anaknya yang kini berusia lapan bulan membesar secara normal sebagaimana kanak-kanak sebayanya.

“Setakat ini alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.

“Ya saya sedar ada yang masih mempertikaikan mengenai wajah Bilal di media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya.

“Tetapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya juga,” katanya kepada MH.

IKLAN

Neelofa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pineapple Juice Drintox keluarab Nilofa Plus di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Neelofa pada masa sama mengakui dia tidak menghalang mana-mana peminat untuk mendekati atau melihat wajah Bilal jika terserempak di lokasi awam.

“Sebolehnya saya tidak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.

“Jadi ketika itu saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Apa yang lebih baik, biarlah dia membesar secara normal.

IKLAN

“Saya pun tidak halang kalau ada sesiapa yang tersempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,” katanya.

Bilal merupakan anak sulung Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.