Ads

Natasha Hudson Bernikah Kali Keempat Dengan Seorang Usahawan Kelantan?

Pelakon Natasha Hudson khabarnya sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.

Difahamkan, majlis pernikahan di antara keduanya dilangsungkan pada Jumaat malam, seperti yang dipetik Mstar Online.

Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat.

Ads

Adik pelakon berkenaan, Tania Hudson turut memuat naik beberapa gambar pada majlis tersebut di Instastory, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.

Ads

Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.

Ads

Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama enam tahun dan hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Foto: Instagram Tania Hudson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Dari Afrika Selatan Ke Petaling Jaya, Out Of Africa Kekal Dengan...

Tak perlu terbang beribu kilometer ke Afrika Selatan untuk menikmati hidangan seperti Oxtail Potjie, Zebu Steak Pie atau Braai Boerewors. Di Petaling Jaya, ada sebuah restoran yang sudah sekian lama membawa cita rasa negara tersebut kepada pengunjung tempatan menerusi hidangan autentik dan suasana yang cukup santai.