“Umur kita semua pun pendek. Rasanya kematian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah,” demikian kata pelakon Natasha Hudson, 42, ketika diminta mengulas perubahan penampilannya yang kini kembali berhijab.

Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, hasrat untuk berhijrah sebenarnya telah lama terpendam dalam hati.

Ia bukan keputusan tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada kesedaran yang perlahan-lahan terbina melalui doa dan muhasabah diri.

“Alhamdulillah, sebenarnya saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah.

“Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan.

Ads

“Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu.

“Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting,” katanya, petik Harian Metro.

Muhasabah Diri, Hidayah Datang Dengan Lembut

Mengulas lebih tentang perubahannya itu lagi, pelakon filem Chermin ini menjelaskan sokongan dan suasana sekeliling banyak membantunya kembali mengenali erti hidup sebagai hambaNya.

Ads

“Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah.

“Kalau kita tidak ‘audit’ diri tak mungkin terbuka juga, tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah.

Ads

“Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik tapi seribu makna,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Natasha pernah meraih perhatian ketika muncul dengan imej berniqab pada tahun 2016, dan kemudiannya kembali tampil tanpa tudung sewaktu bercuti di Cherating, Pahang sekitar 2022.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI