Memaparkan suasana nyaman di kampung isteri, Achey dilihat baru tiba dari Kuala Lumpur untuk menyambut cuti musim perayaan.
Menurutnya, keluarga mertua adalah satu-satunya keluarga Melayu di kampung itu. Sedang asyik berpusing menunjukkan keadaan sekeliling, tiba-tiba seekor anjing meluru ke arahnya.
“Terkejut aku.
“Kau ni buat hal lah anjing,” katanya sambil ketawa.
Semalam pelakon dan usahawan telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin yang ke-35. Majlis serba glamor dengan dominasi rona keemasan itu telah diadakan di sebuah kafe di ibu negara.
Lalu seperti biasa, Rozita atau lebih sinonim dipanggil Che Ta berkongsi gambar menarik sekitar majlis.
Malah menerusi setiap foto yang dimuat naik, ada sahaja pujian dan pandangan pelbagai yang ditinggalkan menerusi ruangan komen.
Satu yang menarik perhatian ialah apabila pelakon Kak Marr itu dikatakan sebagai seorang wanita cantik sempurna. Lalu, Che Ta dilihat turut balas komen yang diberikan individu tersebut dengan jawapan;
“Mana ada yang sempurna sayangku,” jawab Che Ta Ringkas.
Bagaimanapun, tidak dinafikan gaun emas sarat perincian rekaan Syafieq Ayman yang digayakan Che Ta pada majlis berkenaan dengan anggun dan menawan.
Apapun, jom ikuti beberapa foto menarik sekitar majlis yang turut dihadiri rakan artis dan ahli keluarganya itu.
Usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut memaparkan anak DSV, iaitu Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen sedang membantu ibunya berkerja di kilang milik DSV.
“CikB suka buat benda luar jangkaan saya.. suka lasak lasak. baru sy plan nak buat jadi gegirl..saya terkejut..taktau belajar dari mana..sbb nya dia ckp nak tolong mama..’
“order air tin banyak org booked utk goodies kahwin bulan 3 .Cikb anak mama serba boleh..spe ada kawan lasak gini? Anak lasak ginni?”
“Berita baik..Kpd yg nak kawin ada yg nak kahwin ke? nk buat goodies dgn air tin pamoga quputeh? Harga offer baikkk kita kasi ni..Nak? Komen Nak @pamogaquputeh_airtin” tulisnya.
Lantas, video tersebut mendapat perhatian dan pujian peminat DSV. Rata-rata netizen memuji DSV yang dalam mendidik anak dan memberi pendedahan awal mengenai dunia perniagaan kepada Cik B.
Alahai, kelakar sungguh DSV ni. Bukan main seronok lagi DSV ketawa sampai netizen pun terhibur!
Video : Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).