Kebelakangan ini, isu rupa paras pelakon berbanding bakat kembali hangat diperkatakan selepas kenyataan penerbit Datuk A.Aida mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Pelakon Nasha Aziz merupakan salah seorang yang bersetuju dengan kenyataan A.Aida yang mana mengatakan rupa paras yang cantik dan kacak lebih dititikberatkan dalam pemilihan pelakon untuk mana-mana naskhah filem dan drama terbitan syarikat produksinya.

Namun begitu, Nasha turut berkata ia akan lebih bagus sekiranya penerbit juga menyediakan alternatif untuk pelakon-pelakon baharu ini untuk menimba ilmu lakonan di bawah pemantauan pihak penerbit.

“Saya boleh terima dengan kenyataan tersebut, bagaimanapun ia bergantung juga kepada penerbit itu.

IKLAN

“Jika penerbit itu rasa dia mempunyai satu ruang untuk mendidik dan menyediakan sesi mengajar kepada barisan pelakon, itu adalah sesuatu yang bagus.

“Tetapi jika produksi itu tiada ruang untuk mengajar pelakon, itu bermakna mereka tidak sempat untuk sajikan ruang itu.

“Walau bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi masalah kerana pelakon itu sudah pun dibayar,” katanya kepada MH.

IKLAN

Nasha Aziz Setuju Rupa Lebih Penting Daripada Bakat; “Tapi Kalau Penerbit…”

Nasha ditemui pada majlis pratonton episod 1 drama terbaharu lakonannya, Jesnita yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Terdahulu, kenyataan A.Aida menerima reaksi pelbagai daripada banyak pihak termasuk dalam kalangan pelakon sendiri seperti Azhan Rani, Amerul Affendi dan Beto Kusyairy yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI