Penyanyi dan hos, Alif Satar berharap agar peminat tidak terlalu taksub terhadap seseorang artis yang mereka minati.

Malah katanya lagi, perkara tersebut tidak akan ditanya di akhirat nanti.

“Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat, takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan itu,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu, hos program Big Stage itu diminta mengulas mengenai kecaman yang diterima dari peminat kumpulan dari Korea Selatan, Bangtan Boys atau BTS yang menghentamnya baru-baru ini kerana kononnya, dia tersalah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan berkenaan.

IKLAN

Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun memahami bagaimana rasa minat mendalam terhadap seseorang artis.

Akan tetapi usah ia sampai berlaku pergaduhan.

“Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

IKLAN

“Tapi, dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub,” jelas Alif seperti yang dipetik.

Selain ditanya sama ada dia gentar apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, bintang ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu yang lucu.

IKLAN

“Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga ‘army’ menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alif baru saja mengumumkan mengenai Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan yang akan berlangsung pada 2 November depan di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI