Umum mengetahui, Biro Pelancongan Taiwan sekali lagi telah membawakan Kempen Salam Taiwan – sebuah program percutian mesra Muslim sebagai satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke negara “Jantung Asia” tersebut.

Bagi memeriahkan lagi kempen ini, selebriti tempatan yang tidak asing lagi, Ayda Jebat, telah diumumkan sebagai Duta Salam Taiwan 2023/24.

Antara bahan promosi yang melibatkan Ayda Jebat termasuk sebuah filem pendek, yang memaparkan bintang terkenal itu dibawa ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke pulau indah tersebut.

Video tersebut juga memaparkan empat sisi menarik Taiwan iaitu Mesra Muslim, Romantik, ‘Trending’ dan ‘Vibrant’,  sekaligus kian menjadi pilihan pengunjung dari seluruh dunia.

Antara destinasi menarik yang dikunjungi juara program The Masked Singer Malaysia musim terbaharu ini termasuk kunjungannya ke pergunungan Alishan, Keelung Harbour, Shifen dan Taipei.

Nampak Best! Ramai Terpana Tengok Momen Sweet Ayda Jebat, Video Salam Taiwan 2023 Ditonton Lebih 1 Juta Tontonan Nampak Best! Ramai Terpana Tengok Momen Sweet Ayda Jebat, Video Salam Taiwan 2023 Ditonton Lebih 1 Juta Tontonan Nampak Best! Ramai Terpana Tengok Momen Sweet Ayda Jebat, Video Salam Taiwan 2023 Ditonton Lebih 1 Juta Tontonan Nampak Best! Ramai Terpana Tengok Momen Sweet Ayda Jebat, Video Salam Taiwan 2023 Ditonton Lebih 1 Juta Tontonan

Malah video berkenaan juga menjadi sorotan ramai, hingga ditonton lebuh juta kali di media sosial, termasuk ratusan ribu tontonan menerusi beberapa laman media sosial milik Biro Pelancongan Taiwan sendiri.

IKLAN

Susulan kejayaan itu, Biro Pelancongan Taiwan merancang pelbagai lagi aktiviti menarik melibatkan Ayda, termasuklah membawa Ayda dan pemenang bertuah untuk bercuti bersama ke Taiwan.

Sekadar informasi, Kempen Salam Taiwan 2023 dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim kepada rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

IKLAN

Sementara itu menerusi perkongsian video berkaitan di Instagram Ayda Jebat yang turut disertai suaminya Nabil Mahir, rata-rata peminat turut memuji keindahan Taiwan.

Malah tak kurang yang mengimpikan untuk turut sama melawat destinasi sama selepas ini.

“Tempat indah untuk memori yang indah.”

IKLAN

“Bestnya! Cantik pemandangan di situ.”

“Cantik tempat ni. Pernah pergi.”

“Segar-segar bunganya, suasana pun tenang sahaja.”

Taiwan sebelum ini telah diiktiraf sebagai Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI