Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rakaman yang memaparkan kelakukan sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan soalan yang disediakan bagi ujian Sejarah Kertas 2.

Malah, salah seorang daripada mereka turut menghemburkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah yang didakwa ditujukan kepada para pembuat soalan.

Isu tular tersebut turut mendapat respon daripada pempengaruh media sosial yang juga merupakan guru Matematik Tambahan, Fathi Hussein.

Jelas Fathi, tindakan seperti itu mampu memberikan persepsi buruk buat pelajar itu sendiri di kemudian hari.

“Kita ambil dari sudut pelajar dahulu, apa yang awak katakan kepada guru atau pembuat kertas soalan, kesannya memang agak besar.

IKLAN

“Berjaga-jaga dalam berkata-kata. Takut nanti apa yang awak cakapkan itu akan memakan diri semula.

“Mungkin awak tak akan rasa perkara itu sekarang tapi dikemudian hari,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pada masa sama, Fathi turut menyarankan supaya para guru lebih memberikan penekanan terhadap ilmu yang ingin disampaikan berbanding hanya mahu melihat para pelajar cemerlang didalam peperiksaan.

“Kepada guru-guru di luar sana, kalau boleh, ajarlah murid-murid ini untuk menjadi pandai dan bukan berjaya hanya diatas kertas peperiksaan.

IKLAN

“Mungkin ada sesetengah guru yang suka berikan soalan ramalan. Itu bukan cara yang sebenarnya.

“Kalau nak mendidik anak bangsa, biar mereka belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan itu akan datang kemudian tapi usaha menuju kejayaan itu yang paling penting,” katanya.

Terdahulu, Fathi telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Motivator Digital Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) yang berlangsung baru-baru ini.

Fathie berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Cikgu Zack Kirana, Dr. Malar Santhi, Hazeman Huzir dan Slurpee Crank.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI