Diana Danielle ada berkongsi rakaman video bersama selebriti lain sedang menikmati ayam goreng.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah mimik muka Wany Hasrita yang sebelum ini dikenali dengan imej sopan dan bersih.
Riak wajah penyanyi Menahan Rindu itu kelihatan cukup lucu dan bersahaja.
“Sedap sangat ayam ko Wany ?Dulu ingat @wanyhasrita budak skema. Kalau di kalangan kita dia digelar ustazah, skrg dah tercemar dgn perangai org sekeliling yg tak berapa reti nak husnuzon.
“Tapi muka sedap makan ayam dia tu melebihi nikmat normal.
“We love u Wany, pls continue to make us laugh.
“Thank u @dorennn._ sbb selalu capture moments,” tulis Diana di laman sosialnya.
Awal malam tadi, usahawan dan pelakon senior, Shah Rezza ada menitipkan dedikasi terakhir buat Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.48 malam tadi.
Bintang terkenal era 70-an itu meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor.
Lalu, pemergian Allahyarham turut dirasai peminat termasuk rakan selebriti seperti Shah Rezza.
Menerusi Instagram, pelakon Kolej 56 itu ada berkongsi sekeping fotonya bersama penyanyi Nash yang sedang sedekahkan yassin di samping jenazah Allahyarham.
“Al Fatihah buat Allahyarham Dato Dahlan Zainuddin Yang telah pergi meninggal kan kita Malam tadi. Terimakasih Dato Nash Yang memimpin Bacaan Yasiiin di Mesjid Bangsar.
“Bagi Adek Adek Yang kurang mengenali, Allahyarham adalah seorang Superstar dari Pertamdingan Bintang RTM dan tee kenal dengan Lagu evergreen ‘Kisah Seorang Biduan’ , Joget Kaki Lima dan banyak Lagi. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke Atas Rohnya… Aamiiinn,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen, kebanyakannya turut menyampaikan ucapan takziah serta sedekahkan Al-Fatihah.
Terdahulu memetik Berita Harian Online, arwah dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari koma dan keluarga turut berada di samping arwah hingga nafasnya yang terakhir.
“Allahyarham pergi di hadapan saya dan anak-anak. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat zohor, hari ni,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi yang hits menerusi lagu Kisah Seorang Biduan itu, koma selepas diserang angin ahmar, Sabtu lalu.
Foto: Instagram Shahrezza, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kes perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan golongan selebriti. Ada yang meraikan perpisahan yang berlaku, namun tidak kurang juga bersimpati atas dugaan yang menimpa pasangan ini.
Adzrin Adzhar menerusi rakaman video menyifatkan golongan netizen yang menyebarkan aib pelakon dari Singapura itu umpama menghancurkan harapan anaknya, Mohamad Ayden Adrean bin Muhammad Aliff.
Ulasnya, segala perkongsian di laman sosial akan dibaca kelak apabila Ayden membesar dan merosakkan memori seorang ayah.
“Hai Assalamualaikum
“Korang tau tak sebenarnya Aliff Aziz tu tak ada masalah tau. Yang ada masalah ni ialah kita. Kita yang share yang ada kat wall kita. Daripada orang tak tahu. Yang kita share ni,
“Walaupun follower kita ni tak ramai, dah beranak jadi 10 orang tau 15 orang tau. Kau tahu tak apa masalah dia? Masalah dia, esok, selagi benda tu ada kat wall korang semua
“Anak dia dah besar, dia jumpa benda tu, dia tau perangai bapa dia semua.
“Kau tak tak apa memori yang korang dah buat memberi kesan kepada anak dia?
“Kau pernah fikir tak? Cuba fikir anak orang sikit.”
“Aliff tu mungkin kaki perempuan, tapi mungkin jugak dia bapak yang baik. Susah sgt ke orang kita ni nak buat and cakap benda baik2? Korang pun ada anak kecik2 lagi.. aib orang kemain suka lagi,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama rakan gandingan di dalam teater muzikal, Mansur & Liu, iaitu Melinda Dadew.