Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia kini gembira kerana perancangan masa depannya untuk menubuhkan Surau Aliff Syukri berjaya direalisasi.

Kongsi Aliff, dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana merealisasikan impiannya selepas dua tahun menanti untuk menamakan surau yang bakal dibina dengan nama Surau Aliff Syukri.

“Tanah tersebut diberikan kepada saya dan kami akan menguruskan soal membangunkan surau berkenaan. Saya nak ucapkan terima kasihlah kepada pihak berwajib kerana selepas dua tahun menanti, akhirnya dapat juga nama Surau Aliff Syukri,” kongsi Aliff.

Malah usahawan ini juga meluahkan, pembinaan surau berkenaan adalah suatu momentum yang baik buat kehidupannya.

IKLAN

“Nak Orang Tahu Sisi Baik Saya Juga, Sebab Orang Fikir Negatif Mengenai Diri Saya Terlalu Banyak…” -Datuk Seri Aliff Syukri

“Rasanya itu satu momentum yang baik. Surau tu depan rumah saya saja, boleh jalan kaki. Bila saya mati, saya banyak dosa dan tipu kalau saya tak cakap sibuk mengejar dunia. Jadi sebab itulah, saya kena balance,” katanya kepada MH.

 

“Bukan nak tunjuk riak macam saya salurkan zakat kepada yang memerlukan, kerana saya nak orang tahu sisi baik saya juga sebab orang fikir negatif mengenai diri saya terlalu banyak. Masyarakat nak tahu apa yang Aliff Syukri akan buat, tapi tak tahu betapa saya sturggle dekat luar.

 

“Orang hanya nampak kau gedik, kau ‘gelenya’ dan kau nak viral. Orang tak tahu apa yang saya buat,” katanya kepada MH jujur.

“Nak Orang Tahu Sisi Baik Saya Juga, Sebab Orang Fikir Negatif Mengenai Diri Saya Terlalu Banyak…” -Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Aku Nak Tegur dan pelakon Badang ini kini beraksi menerusi program realiti, Oh Abang Kosmetik musim terbaru yang sedang rancak bersiaran setiap hari Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

IKLAN

Foto: Instagram Aliff Syukri

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155368792588435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI