Kemelut antara pelakon Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Nourish kini kian pulih.
Nabila atau mesra disapa Abil ketika ditemui MH mengakui dia sebolehnya mahu membuang perasaan egonya.
“Kami (Abil dan ibu tiri) boleh dikatakan ada ego masing-masing.
“Saya nak dia yang mulakan dulu untuk cakap ‘maaf’ sebab sebelum ini saya yang selalu cakap sedemkian,” kata Abil terus terang.
Tambahnya lagi, dia mahukan hubungan mesra dengan bapa, Amy Search kekal berkekalan hingga bila-bila.
Ads
“Saya tak nak benda ini berpanjangan.Saya nak habiskan masa dengan papa sampai hembusan nafas terakhir.
“Walaupun saya gembira dengan kehidupan sebelum ini, tapi kalau saya berterusan bermasam muka sampai bila kan?
Ads
“Malah, keluarga adalah orang paling penting dalam hidup kita,” jelas Abil.
Dalam pada itu, Abil turut meminta doa ramai agar hubungan kekeluargaannya dipenuhi dengan kasih sayang.
Ads
“Saya rasa dengan doa orang ramai dan doa papa membuatkan saya rasa lega dan mahu cuba untuk lupakan apa yang pernah terjadi antara saya dengan dia (ibu tiri).
Dalam perkembangan lain, Nabila dan Nabil Ahmad akan menggalas tugas sebagai pengacara bagi program realiti Muzikal Lawak Superstar bermula Jumaat ini di Astro Warna.
Program tersebut akan memulakan saigannya Jumaat ini!
Memiliki wajah cantik dan tubuh badan yang sihat adalah impian untuk semua, baik lelaki dan wanita.
Pelakon dan penyanyi, Nor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite misalnya, dia ada berkongsi tips untuk mengekalkan kecantikan dan memiliki tubuh badan yang sihat.
“Start ur day with bismillah alhamdulillah. so dah kertu ni lg nk kena jaga. minum segelas air putih with lemon lepas tu rajin lah chuols buat carrot juice.bagus untuk penghadaman. .
“yang lain tu sis punya rutin .. cuci miss bunga dgn #eudhrasirehbyazzaelite pastu nk makeup boleh le pakai #bedaksejukazzaelite ko buat toner jah sb..
“bedak sejuk ni seakan dah ada lapisan sblm ko makeup maklum sajalah kdg kdg span muka ko tu x pnh basuh so kalau ko x jaga jerawat la muka ko..
“pastu mcm mana nk tahan makeup nk gi open house muka ko hgn berbelak ya .ko pakai #azzaelitemakeupbase senang pulok tu cuci even ko pakai dia saje buh listip skit settle .
“ok kak azza nk siap kan makan #ustazadam dulu.. ..bnyk pula open house today mana yg sempat ku pg ya.. yg x sempat jgn mare ko tau la jam kl bapak segala jam”tulisnya.
Dalam kemeriahan menyambut kedatangan Aidilfitri esok,mungkin ramai yang terlupa, hari ini adalah malam terakhir Ramadan.
Tidak mahu mensia-siakan nikmat di depan mata, pelakon Aeril Zafrel ada menitipkan pesanan agar menggunakan segala kesempatan yang ada untuk mengumpul pahala.
“SAAT INDAH BERTABUR KEMULIAAN INI BAKAL BERAKHIR…
“Ternyata Ramadhan akan pergi tak lama lagi … .
“Dan seperti biasa kita telah menyia-nyiakannya. Entahlah, apakah kita ini termasuk orang yang bersyukur atau tidak?
“Nyatanya kita telah menyia-nyiakan nikmat umur, nikmat kesempatan dan kesihatan di Ramadhan ini.
“Kita terlalu sibuk dengan persiapan lebaran, sibuk dengan buka puasa bersama, sibuk dengan rencana mau jalan-jalan ke mana nanti di hari lebaran: sibuk dengan dunia.
“Sibuk dengan dunia inilah yang membuat kita tidak tunai membaca paling kurang 1 juz Al-Qur’an sepanjang Ramadhan ini, lalai dari solat malam atau bahkan meninggalkan solat wajib.
“Ternyata Ramadhan akan meninggalkan kita, kawan. Perpisahan menjelang.
“Tetapi, jangan putus asa dari rahmat ALLAH. DIA masih menyisakan hari-hari terakhir ini untuk kita, biidznillah (dengan izin ALLAH subhanahu wa ta’ala). Di beberapa hari di hujung bulan ini mari kita menunaikan azam (tekad; keinginan) kita untuk bertadharu’ (merendahkan diri), bermunajat (doa lirih), bertaqarrub (mendekatkan diri) dan bersimpuh dalam ibadah kepada ALLAH.
“Sisa-sisa hari yang bertabur keberkahan ini jangan lagi kita sia-siakan. Malam-malam indah bertabur kemuliaan ini jangan lagi kita lewatkan. Waktu-waktu mustajab untuk doa-doa kita jangan lagi kita remehkan. Sebab, jika ia luput, luput pula dari kita kemulian dan keagungan.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.