Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Adibah Noor ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Adibah telah berkongsi ilmu dan memperbetulkan sebutan ejaan bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Rina Harun.

“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.

“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.

IKLAN

“Nak Belajar Silakan. Tak Nak Terima, Tinggalkan,” – Perbetul Sebutan ’BI’ Menteri,  Adibah Noor Kata Ada Yang Kritik

Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Meski ada yang memuji dengan tindakan penyanyi berusia 50 tahun itu, namun ada juga yang menberi kritikan mengenai perkongsiannya itu.

IKLAN

Lalu, Adibah ada memberikan respon terhadap kritikan yang diterima menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

“hah? ada beberapa polan kata depends on american or british english?

IKLAN

“setahu i… dua2 pun tak pronounce the b in doubt, debt.

“alasan alasan alasan…gini ler.nak belajor, silakan.tak nak terima, tak nak belajor, tinggalkan.wokay?,” tulisnya.

Foto: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI