Sehari sebelum menyambut Ramadan pada 2 April lalu, pelakon dan usahawan Putra Amaris bersyukur apabila dikurniakan rezeki berterusan di dalam usahanya meringankan beban golongan sasaran.

Amaris, 37, berterima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menyumbang bersempena dengan Majlis Pelancaran Infaq Ramadan yang dijalankan bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur di Projek Perumahan Rakyat Jelatek, baru-baru ini.

“Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki Berterusan “Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki Berterusan

“Rezeki Allah berikan yang tidak disangka-sangka. Memang berniat untuk adakan pelancaran ini beberapa hari sebelum puasa. Tapi tak berapa yakin kerana bimbang andai kuota untuk bahagian sumbangan selepas ini tak mencukupi.

“Sebab kempen ini akan berjalan selama 30 hari sepanjang Ramadan. Tapi alhamdulillah ada pihak yang sudi hulur bantuan. Saya sampai tengahari, satu lori sampai barangan untuk asnaf. Kemudian datang pula sebuah van selain beberapa lagi sumbangan lainnya.

“Apa yang kita terima, kita akan sampaikan. Saya syukur, tak tahu nak kata bagaimana. Terima kasih juga kepada semua pihak yang sama-sama gerakkan projek ini,” katanya lagi.

IKLAN

Berkongsi mengenai inesitif mereka dalam membina semula kediaman baru buat asnaf terpilih, Amaris menjelaskan proses berkenaan sudah pun dilakukan bermula 1 April lalu.

“Sebelum ini kami rancang untuk bina sebuah rumah baru, tapi kalau ada rezeki mungkin boleh usahakan dua rumah. Doa-doakan. Ada satu keluarga ini, mereka terdiri daripada sembilan beranak dan ada di antaranya orang kelainan upaya (OKU). Bekalan air bersih pun tiada.

“InsyaAllah kalau nak iikutkan mereka akan tinggal di rumah baru pada 1 Syawal. Pada masa sama, kami turut jalankan kempen Penuhkan 2,000 Peti Ais Asnaf. Kalau ada rezeki lebih mungkin boleh bantu lebih daripada jumlah itu.

“Jadi kami terbuka kepada sesiapa yang berkemampuan untuk sama-sama bantu. Harapnya ia tak kan habis di sini sahaja. Kami cuba untuk bergerak setiap hari untuk agihkan sumbangan.

IKLAN

“Nak juga bawa anak-anak yang tak bernasib baik makan sedap-sedap di hotel. Nak mereka berjalan selain nak belikan baju raya. Doakan moga ikhtiar ini dipermudahkan, insya-Allah,” katanya.

“Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki Berterusan “Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki Berterusan

Terdahulu, program tersebut turut mendapat sokongan penuh oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Selain usaha penuhkan peti ais golongan asnaf dan program bina rumah baru menerusi kempen #SamaSamaKenyang – Infaq Ramadan ini, turut dijayakan ialah majlis berbuka & bersahur, sumbangan kepada anak Tahfiz serta agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat.

IKLAN

Turut sama hadir memberikan sokongan pada majlis pelancaran itu ialah rakan artis, Mas Idayu.

“Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki Berterusan “Nak Bawa Anak Tak Bernasib Baik Makan Sedap, Beli Baju Raya,” – Tak Lelah Membantu, Putra Amaris Syukur Nikmat Rezeki BerterusanKesemua aktiviti ini akan diuruskan sendiri para sukarelawan Dapur Pasak dan team Putra Amaris sendiri. Bermula 1 Ramadan hingga selesai berpuasa, ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sekali gus berusaha untuk menyantuni seramai yang boleh golongan memerlukan.

Justeru, kerjasama daripada syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin menyumbang adalah sangat-sangat dialukan. Ini antara usaha bersama untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mengharungi kehidupan seharian dan meningkatkan taraf kehidupan komuniti mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/hNmqkJiXUPc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI