Pelakon Nadiyah Shahab mengakui tidak sabar untuk timang cahaya mata selepas lebih tiga bulan bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan, Ben Ali.

Katanya, sebagai pasangan yang gemarkan kanak-kanak, dia dan suami tidak sabar untuk membina keluarga sendiri.

“Kita sebenarnya nak anak secepat mungkin. Ben terutamanya memang gemarkan kanak-kanak. Ia juga antara faktor mengapa kami tidak menjalin cinta dengan terlalu lama. Lebih baik mendirikan rumah tangga dan bina keluarga,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai jantina anak pertama yang diidamkan, Nadiya berharap dia dan suami akan dikurniakan anak lelaki sebagai anak sulung andai diberikan zuriat cahaya mata kelak.

IKLAN

“Kalau ada rezeki, kami nak anak lelaki sebab secara dasarnya lelaki merupakan ketua kepada keluarga dan kalau anak sulung lelaki, harapnya dia boleh jaga adik-beradik lain dengan lebih baik. Apa pun, kami terima sahaja kalau ada rezeki,” jelasnya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Nadiya juga tidak melihat penglibatannya dalam lakonan akan terjejas sekiranya mendapat tahu dia hamil ketika sedang rancak membina nama.

IKLAN

“Bagi saya situasi ini terpulang keadaan sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Cumanya bagi saya, kalau produksi okay dan kandungan berada dalam keadaan baik, saya tidak kisah untuk terus berlakon selagi terdaya.

“Malah Ben juga menjadi individu yang paling kuat memberikan semangat,” katanya yang pernah tersenarai dalam Top 20 Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019, baru-baru ini.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirkan rumah tangga pada 10 November tahun lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI