Impian untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila penyanyi Najwa Latiff memaklumakan dirinya mengalami keguguran.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Najwa menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya dan suami.
“Saya ingin maklumkan kepada kalian semua. Ketika ini, saya tak boleh nak bercakap dengan sesiapa. Saya baru sahaja mengalami keguguran.
Ads
“Sejujurnya saya tidak merancang untuk berkongsi mengenai perkara ini kerana ia sangat peribadi buat saya dan suami.
“Namun, saya sangat menghargai kata-kata semangat yang kalian berikan. Terima kasih kerana memikirkan mengenai saya ketika detik sukar ini,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Najwa turut memohon kepada semua pihak untuk memberikan mereka ruang untuk menghadapi detik sukar ini.
Ads
“Jika tidak keberatan, biarlah kami bersedih dalam diam. Selitkan kami dalam doa kalian. Semoga niat baik dan doa anda kembali kepada anda semula,” kongsinya lagi.
Untuk rekod Najwa dan suaminya yang juga penyanyi, Akwa Ariffin mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan artis, Ifa Raziah dipermudahkan.
Roslan Shah yang mesra disapa Cik Lan berkata, dia ada memberitahu mengenai perkara itu kepada Ifa ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah acara di Singapura, baru-baru ini.
“Saya sudah berbincang dengan Ifa, untuk tahun baru ini, saya rancang untuk buat kenduri (tahlil dan doa selamat) untuk ahli keluarga kami yang telah pergi.
“InsyaAllah kalau boleh, saya nak buat majlis tersebut di Singapura dan Kuala Lumpur serta turut disertai anak-anak yatim. Sambil mendoakan buat yang telah tiada, kita bersedekah dan bagi saya itu lagi afdal.
“Sudah niat, azam saya. Sudah rancang dalam hati. Daripada ‘tabur duit’ pada benda lain, rasanya lebih baik untuk buat kenduri kesyukuran bersama anak-anak yatim.
“Mudah-mudahan kebaikan itu akan jadi saham akhirat, bila kami sudah tiada nanti, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis Kemaafan Dendam Yang Terindah di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sementara itu Ifa juga memberitahu, Roslan ada mempelawanya untuk sama-sama menunaikan umrah sekiranya diizinkan Yang Maha Esa.
“Malah ketika saya berada di Singapura tempoh hari, Cik Lan ada cakap pada saya, tahun depan kalau ada rezeki kita buat umrah sama-sama,” katanya.
Terdahulu, dua selebriti ini sepakat memilih jalan damai berhubung isu persengketaan mereka yang sudah berlarutan hampir tujuh tahun.
Meskipun sudah berbaik pada sebuah festival di Singapura sebelum ini, menurut Ifa, dia dan Roslan memilih untuk membuat sidang media di Malaysia bagi menjelaskan situasi salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
Dalam pada itu, Ifa akui berlapang dada apabila hubungannya bersama Roslan kembali baik.
“Allah SWT tahu kami pendosa, banyak buat salah. Semua orang tak sempurna. Jadi Allah bagi peluang pada kami umur yang panjang ini untuk saling berbuat baik di antara satu sama lain hari ini.
“Semoga pengakhiran hidup kami ke jalan yang diredai. Bila niat kita baik, insya-Allah Dia akan permudahkan. Rezeki pun akan datang dan saya percaya kasih sayang persahabatan itu masih lagi ada.
“Walau kita tak jumpa, benci, meluat dan sebagainya, tapi tipulah kalau tak ada rasa kasih dan sayang walau sebesar zarah terhadap Roslan.
“Dalam keburukan dia dan saya, ada baiknya juga. Memang masing-masing marah tapi bila kita duduk dalam tenang selepas solat, teringat akan kebaikannya.
“Kita pandang pada kebaikan, kenapa dengan kesalahan yang kecil, kita nak perbesarkan? Kenapa kita tidak nilaikan apa benda baik yang pernah dilakukan terhadap kita?
“Itulah kadang-kadang dalam sebuah perhubungan ini, kita kena pandang juga apa kebaikan orang lain terhadap diri kita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Didi Astillah tampil membidas kenyataan yang diberikan aktres, Ruhainies menerusi satu temu bual bersamanya di dalam satu acara, baru-baru ini.
Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazillah Awang Astillah, berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Insta Stories, hari ini.
“Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak bagitahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar sampai sekarang pun tak tahu’.
“Tak habis-habis main sentimen tu. Meh saya ingatkan, dulu pun pernah buat statement yang sama lepas tu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah. Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya.
“Allah hantar seseorang untuk dedah perancangan jahat you. Sebab you tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan. Korang merancang tapi Allah yang menentukan,” tulisnya.
Malah, Didi antara lain menafikan dakwaan bahawa kakaknya, Bella Astillah terbabit dalam merancang kes tangkap khalwat yang turut membabitkan bekas abang iparnya itu.
“Tolong stop menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkaplah (umur korang 12 tahun ke nak kena perangkap). Saya tahu awak ada dm artis dalam industri kita ni yang bergelar dato’ untuk mengutuk dan fitnah kakak saya.
“Cakap kakak saya rancanglah semua ni, eee gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak. Ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?
“Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi 5 tahun cuba fikir? Kaki DVD betul awak ni.
“Lepas tu jumpa beberapa orang artis dan founder kilang apa semua untuk berceritakan hal ini.
“Dah macam budak sekolah nak cari orang untuk take side. Tapi macam tu lah orang salah tak tenteram sibuk nak bagitahu org walau org tak tanya. Sbb apa? Sbb salah dekkk.. Hello kenapa tak move on lagi ya?
“Siapa yang bercerai ni awak ke kakak saya? Kita kalau nak panjangkan lagi boleh je tapi come on dah nak masuk 2025 tak penat ke jadi jahat?,” jelas pelakon drama Leha, Leya, Lawa itu lagi.
Terdahulu, Ruhainies menerusi temu bual terbabit antara lain bercerita mengenai dugaan yang dilalui sepanjang tahun 2024.
Menurut Ruhainies, dia reda dengan segala yang berlaku dan mahu mulakan hidup baru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan sensasi, Ifa Raziah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa memperlekehkan wanita kaum Iban menerusi penulisan komen di ruangan komen sahabatnya, sebelum ini.
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 49, berkata, dia tiada langsung niat untuk mencetuskan provokasi dalam hal berkaitan, sebaliknya hanya bergurau dengan sahabat baik, Kelly Azman.
“Pertama sekali saya sangat terkejut sebab komen berkenaan adalah sekitar enam minggu yang lalu dan ia kemudiannya menjadi viral sejak tiga hari yang lepas. Ketika itu saya berada di Singapura.
“Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen dekat video saya di media sosial. Rupanya isu saya yang terkejut tengok video Kelly.
“Sebenarnya antara saya dengan Kelly, ia gurauan antara sahabat. Jdi bila kita bergurau bersama sahabat, kita tak bermaksud apa-apa.
“Apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming dan lain-lain. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepalanya, sangat cantik.
“Saya tak cakap pula ia tidak elok ke…Malah dalam banyak-banyak komen yang ada dalam video tersebut, hanya saya seorang saja yang support Kelly,” katanya.
Penyanyi lagu Gemercing Rindu ini turut menambah, dia tidak pernah bercakap buruk atau melakukan perkara yang tidak baik termasuk dalam hal melibatkan isu perkauman.
“Saya sendiri pun mempunyai ramai kawan yang terdiri daripada orang Sabah dan Sarawak. Jadi tak kan lah saya mahu nak mainkan isu tersebut. Tiada niat pun di hati, tidak ada.
“Maksud saya, Kelly pakai bunga-bunga atas kepala. Kedua, bila Kelly menyanyi macam tak tentu arah… nak ke sana dan ke sini. Itu maksud saya. Demi Allah saya tiada niat langsung. Semua itu disalah ertikan,” katanya lagi.
Ifa turut menjelaskan dia lebih senang untuk tampil sendiri berbanding membuat penjelasan ringkas menerusi siaran langsung atau pun hantaran di media sosial bagi menggelakkan salah faham yang lebih panjang.
“Jadi saya tunggu selesai urusan di Singapura dan tampil buat penjelasan ini. Hari ini (Rabu) masa sesuai untuk saya jelaskan. Sebab itu saya tak buat live atau apa-apa.
“Tidak terlintas, tidak terdetik dan tidak terniat pun di dalam hati saya ini untuk mengguris hati anda semua, demi Allah.
“Sekiranya ada ayat saya yang tersalah faham, mengguris hati…Saya susun 10 jari saya dan dengan rasa rendah hati saya memohon maaf.
“Saya ulang balik, tiada niat langsung nak mengguriskan hati sesetengah etnik di Borneo. Saya harap dengan penjelasan saya ini, dapat kita tutup isu ini dengan baik dan tidak berpanjangan,” katanya.
Terdahulu, tangkap layar komen yang ditulis Ifa telah dikongsikan seorang pengguna menerusi aplikasi Threads.
Perkongsian berkenaan menjadi sorotan dengan pelbagai komen telah ditinggalkan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.