Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel ada sebab tersendiri memilih nama perniagaan makanan pancake iaitu Pancake Tembam.

Katanya, dia mahukan sesuatu yang unik dan luar biasa agar mudah diingati orang ramai.

“Kita mahu ketengahkan ciri-ciri pancake yang gebu dan lembut. Pada awalnya, saya nak letak nama Fluffy Pancakes, tapi saya rasa macam klise.

“Jadi saya beri nama Pancake Tembam dan nama itu secara automatik diingati dan orang akan tertanya-tanya “bahagian mana yang tembam”? Ternyata pancake kami lebih gebu dan lembut.

“Saya harap orang ramai jangan salah faham dengan nama tersebut,” kata Naim kepada MH.

 

Terdahulu, penyanyi lagu Sumpah ini ditemui di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat sejurus selesai melakukan persembahan program All Stars Buka Panggung.

Meski mengakui pada ada yang berfikiran tersirat (double meaning), terhadap nama pancake yang diusahakan, namun Naim menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang berjaya kerana baginya, nama tesebut mudah diingati.

“Saya ada juga baca di media sosial mengenai penerimaan orang ramai terhadap nama yang diberi, tapi saya tak ambil pusing perkara itu.

“Bagi saya nama tersebut ‘melekat’ dalam kepala orang ramai dan mudah diingat,” jelasnya yang menjalankan perniagaan selama dua bulan di The H, Hartamas.

“Pada awalnya, team saya gelakkan saya disebabkan nama tersebut, jadi kami cuba jalankan perniagaan untuk beberapa bulan dan akhirnya nama itu melekat.

“Ramai juga yang datang ke kafe kami dan mereka suka keenakan pancake dan nama tersebut,” kata Naim yang merancang untuk mengembangkan perniagaan di Cybrejaya selepas ini.

Foto: Instagram Naim Daniel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI