Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan baru-baru ini telah menghadiri majlis hari jadi anak kepada bintang terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Namun, kemunculan Che Ta telah mendapat perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej berkaca mata hitam ‘oversized’.
Tidak hanya berdiam diri, Che Ta akhirnya ‘membuka mulut’ dan menjawab sebab dia berbuat demikian.
“Sebenaqnya dah dua haqi kami sakit mata. Tapi disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Dato Seri Siti , selain menghargai jemputan, maka kami mai jgk , …
Ads
“Mungkin ada yang nampak pelik kami pakai ceqemin mata hitam ( walaupun pelik lg org yg suka mengata kt org tu ),
tapi tak pa yang penting Allah tahu niat saya , nak mai , memeriahkan Birthday party #sipipimerah .
“Tak kisah lah org nak mengata (mengata org tk kena sekupang pun, janji hampa menjawab ja kat akhirat) .
Ads
Yang penting kami dpt memenuhi undangan tuan qumah..@ctdk sudi jemput,” tulis Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan.
Sudah pasti ada yang mengenali dengan penyanyi kumpulan Forteen yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu.
Sebelum ini, penyanyi kumpulan Forteen dianggotai empat orang ahli iaitu Ariz Lufiaz, Ameerais, One dan Izzue Islam.
Namun, kumpulan Forteen dipalit kisah sensasi apabila salah seorang ahli mereka, Izzue Islam membuat keputusan menarik diri dari kumpulan tersebut, pada November tahun lalu.
Meski kini kekurangan ahli, mereka bertiga tetap bersemangat untuk meneruskan dan mengekalkan kumpulan Forteen di dalam industri hiburan tanah air.
Bersempena ulang tahun Forteen yang ke-8, Ariz Lufiaz telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Ariz telah mengimbau kembali kenangan kumpulan Fourteen dahulu bersama peminatnya.
“Harini ini Ulangtahun ke-8 @official.forteen. Ingat lagi show dekat Sungei Wang. Menggigil-gigil nyanyi. Kasut besar 1 size. Baju main taram je, 1st time orang datang ambil gambar, memang manis.”
“Alhamdulillah, More years to come inshaAllah. Ingat jangan berhenti berjuang sahabat-sahabatku. Terima kasih juga pada @official_forteenagers kerana terus menyokong kami dari dulu sampai kini. Another meet and greet perhaps? #Forteenturns8”tulis Ariz.
Gmie Screen merupakan contoh bapa mertua terbaik apabila segera mencium pipi menantu seraya selesai akad nikah anak perempuannya.
Dilabel bapa mertua paling sporting, sebaik sahaja Imam menyatakan sah pada akad, Gmie tanpa berlengah, sambil berdoa terus mencium kedua-dua belah pipi menantu yang dilihat sedang sebak.
Awal hari ini, usahawan sensasi Nur Sajat ada memuat naik entri sambil memberikan dedikasi terhadap insan-insan yang mengambil berat akan keadaan dirinya ketika ini.
Difahamkan, Sajat masih belum sihat sepenuhnya selepas dikejarkan ke hospital beberapa hari lalu.
Meski sudah dibenarkan pulang, namun penyanyi Bobo Di Mana ini masih perlukan rehat secukupnya.
“Bila saya sakit,anak anak adalah pembakar semangat saya!! temani saya,walaupun minggu ini cuti sekolah mereka..saya dah janji nak bawa pergi bercuti,syaza syahmi asyik teman saya kat katil sahaja…saya tak boleh lemah,saya kena kuat,saya kena kerja demi keluarga saya.. dah lama sangat saya berehat.
“Terima kasih anak anak ku.. kerana fahami ummi ketika ummi rebah,sentiasa doakan ummi,sentiasa berada dengan ummi ketika ummi sakit,jatuh,sedih atau apa apa sahaja keadaan ummi..
“Mereka baru 4 tahun,tetapi selalu tanya..`ummi!!! bangun lah…kenapa ummi sakit,ummi kena makan,nenek dah masak untuk ummi,ummi kenapa tak mandi lagi??macam macam mereka tanya,” tulisnya.
Pada masa sama, Sajat turut bersykur dengan ujian yang diterima sekali gus berterima kasih buat semua yang mendoakan kesihatannya.
“Walaupun pun mulut saya susah nak bercakap..lemah badan,Ya Allah…terima kasih untuk sakit ku ini,dalam sakit aku bangkit dalam tabah untuk harungi liku liku kehidupan.
“Dalam susah,baru kita tahu,siapa kawan,siapa sahabat,dan siapa yang ambil tahu pada kita.. doa doa kalian,adalah pembakar saya untuk saya kuat.. terima kasih semua nyA.
“Buat sahabat2 saya,terima kasih doakan sajat,buat mak ayah terima kasih menjaga sajat,dan sentiasa berada disamping bila sajat memerlukan.. sajat minta maaf sangat2 time sajat sakit ini,ada event yang sajat tak dapat hadir,maafkan saya.
“Salam sayang buat anda semua nya… amin…,” tulis Sajat panjang lebar.
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...