Pempengaruh, Haqiem Stopa menyifatkan selebriti yang meniru dan menjadikan karakternya sebagai bahan jenaka di sebuah program pertandingan lawak sebelum ini sebagai tiada ‘originality’ dan identiti sendiri.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, selebriti berkenaan dilihat seperti tiada idea dan harus menggunakan karakternya untuk meraih populariti.

“Mungkin Karakter Saya Lagi Mahal Daripada Dia,” – Lawak Tiru Gaya, Haqiem Stopa Tegur Namie?

“Saya rasa mungkin dia tiada karakter sendiri dan mungkin karakter saya lagi mahal daripada dia.

“Sebab itulah dia kena bawa karakter saya ke pentas untuk dapatkan populariti,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, Haqiem memaklum dirinya bangga kerana wataknya dipertontonkan di pentas besar.

“Mungkin Karakter Saya Lagi Mahal Daripada Dia,” – Lawak Tiru Gaya, Haqiem Stopa Tegur Namie? “Mungkin Karakter Saya Lagi Mahal Daripada Dia,” – Lawak Tiru Gaya, Haqiem Stopa Tegur Namie?

IKLAN

“Saya tak tersinggung. Sebaliknya saya bangga dengan diri saya sebab karakter saya orang bawa ke pentas yang besar.

“Sedangkan saya ini bukan sesiapa pun. Saya hanyalah seorang influencer sahaja. Dia pula boleh dikategorikan sebagai selebriti,” ujarnya lagi.

Remaja asal Tanah Merah, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media program Legacy Rider 2.0 baru-baru ini.

“Mungkin Karakter Saya Lagi Mahal Daripada Dia,” – Lawak Tiru Gaya, Haqiem Stopa Tegur Namie?

IKLAN

Walaupun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak namun, MH merasakan kenyataan Haqiem itu ingin ditujukan kepada pelawak yang kini bergelar penyampai radio, Namie.

Namie yang juga merupakan juara program lawak, Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 (MLS3) bersama kumpulan UBI pernah meniru watak Haqiem di salah satu persembahan mereka.

Ditanya pula mengenai minatnya dalam bidang lakonan, Haqiem memaklumkan dirinya sedia mencuba untuk membawakan apa sahaja watak yang diinginkan pengarah.

IKLAN

“Saya memang ada minat dalam bidang lakonan tapi belum ada rezeki. Bagilah karakter apa sekali pun. Saya akan cuba buat yang terbaik.

“Sebenarnya saya pernah datang ke uji bakat pencarian Hero Remaja pada tahun 2017. Walaupun tiada pakej, tapi saya datang dengan penuh keyakinan.

“Sekali peserta yang datang pula semuanya hebat-hebat dan kacak. Ketika itu, saya harus bersaing dengan batch-batch Harris Annuar. Memang tenggelam la saya.

“Kalau ada rezeki, memang saya nak berlakon,” kongsinya lagi.

Terdahulu, program permotoran, Legacy Rider 2.0 bakal berlangsung pada 28 Oktober ini di KL Base (Bekas Lapangan Terbang, Sungai Besi).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI