Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mesej di dalam sebuah hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram rasmi milik beliau pada Jumaat.
Di dalam tulisan berkenaan, Najib turut merumuskan beliau mulai aktif dalam dunia politik sejak tahun 1974, lebih empat dekad kini.
“22 Ogos. Pada ketika mesej saya ini disiarkan, nasib saya sudah pun ditentukan. Saya mungkin tidak ada peluang lagi meluahkan isi hati.
“Mungkin ini sahaja yang dapat saya tinggalkan.
“Dunia politik ini ada yang kata licik dengan penganiayaan, kejam, bermusuhan, keikhlasan dibalas pengkhianatan dan penghinaan.
“Saya sendiri telah lihat dan mengalami kesemua ini sehingga kini.
“Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan di dunia buat saya.
“Saya mula aktif dalam dunia politik dan perkhidmatan awam pada tahun 1976. Ke hari ini, 46 tahun lamanya.
“Memimpin Malaysia hampir 10 tahun.
“Ada yang kata naik tidak memijak lawan, jatuh tidak mengheret kawan.
“I guess in politics, you should never be a gentleman. But that’s my personality, how can I be someone I am not?,” tulis kapsyen terbabit.
Menerusi hantaran sama, Najib menegaskan dia hanya mahu memberikan yang sehabis baik bagi menyelesaokan masalah legasi yang ditinggalkan sebelum ini.
“Sepanjang masa ini saya hanya mahu berikan usaha terbaik saya. All I wanted to do was give my best and do what I could.
“Menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan kepada saya.
“Menggandakan saiz ekonomi dari RM700b ke RM1.4 tril
“Membina aset negara dengan peningkatan nilai Khazanah ke tahap RM116b dari RM33b
“Membawa aset KWSP dari RM300b ke RM800b
Ads
“Memberikan hibah, dividen tertinggi buat pencarum KWSP, TH, ASB secara konsisten
“Menyediakan bantuan pemberian tunai langsung dan meningkatkan kadarnya, tahun demi tahun
“Membantu perkhidmatan awam dengan kemudahan, kenaikan, ganjaran setiap tahun
“Mendahulukan rakyat dengan Klinik 1Malaysia, UTC, perumahan rakyat, kuota Haji, SL1M.
“Dari nelayan ke pekebun kecil, keluarga berpendapatan rendah ke bujang, anak-anak bersekolah, pelajar-pelajar IPT dan TVET, anak muda yang impikan rumah mampu milik, kepada pemodenan infrastruktur.
“Sama ada lebuhraya tanpa tol atau perkhidmatan keretapi moden.
“Malah membela kelangsungan hidup rakyat pada masa terdesak, berjuang dapatkan pengeluaran KWSP i-sinar, i-Lestari, i-Citra.
Ads
“Tidak pernah meninggalkan rakyat,” kenyataan yang tertera.
Menurut beliau lagi, dia hanya berminat untuk terus melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dalam ruang lingkup kerjanya.
“I was only interested in doing my job, giving my best.
“Tidak mengapa jika tiada yang menghargai. It is ok if no one appreciates these.
“Such is life after all.
“Saya ikhlas memimpin Malaysia. I gave my best, I tried my best.
“Hanya Allah SWT Maha Mengetahui, memahami pengorbanan saya sepanjang perjalanan ini,” tulis kapsyen tersebut lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram menitipkan dedikasi serta doa yang baik-baik buat beliau.
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Farah Nabilah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidup, Farah atau nama lengkapnya, Farah Nabilah Saipuddin akan mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.
“Sifat kesabaran dia (Amirul) membuatkan saya jatuh hati pada dia yang sanggup menunggu saya selama tujuh tahun.
“Malah, keluarga dia juga sangat sayang kepada saya dan saya rasa selesa apabila bersama dengan mereka,” kata Farah kepada MH.
Dalam pada itu,bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mendedahkan detik perkenalan dengan bakal imamnya yang merupakan seorang juruterbang.
“Kami diperkenalkan kawan baik, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi Amirul tidak berputus asa.
“Sebenarnya saya tidak perasan dia sudah mengikuti (follow) saya di Instagram dan lihat pekembangan saya, tetapi ketika itu Instagram saya dalam mood privasi,” kongsi Farah yang sudah siap membuat persiapan kahwin sebanyak 80 peratus.
Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur siang tadi sempena pengumuman majlis perkahwinan mereka.
Memilih tarikh 28 Disember sebagai majlis resepsi (belah lelaki), manakala pada 5 Januari 2020 di sebelah perempuan.
Kedua-dua majlis akan diadakan di sekitar hotel Kuala Lumpur.
Terdahulu, Amirul telah datang merisik Farah di kediamannya pada awal tahun ini.
Pelakon jelita, Fasha Sandha menitipkan ucapan khas bersempena ulang tahun bekas suaminya, Rizal Ashram yang ke-47.
Dalam ucapan tersebut, Fasha turut mendoakan semoga Rizal dapat segera bertemu dengan pasangan hatinya.
“Happy birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan anak-anak mandi awal setiap hari.
“Jangan marah ya sebab sekarang dah tua. Nanti bertambah-tambah tuanya. Apapun, tak nampak tua pun. Selalu nampak muda macam remaja. Okay dah puji. Cepat senyum balik. Tak payah serius sangat,” tulisnya.
Titipan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Anak Mami Kembali itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada Rizal kerana membenarkan anak-anak menyambut hari lahir suaminya yang juga merupakan pelakon, Aidil Aziz terlebih dahulu memandangkan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama.
“Kebetulan pula sama tarikh dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut dengan Aidil semalam.
“Hari ini sambut dengan awak pula. Sekali lagi selamat hari lahir Leo. My love hate relationship,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh kali kedua dan selamat bernikah dengan Aidil pada 28 Mac 2019.
Hasil perkong hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Umie Aida ada berkongsi sekeping foto bersama penyanyi, Anuar Zain di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Umie, dirinya sangat menghargai bakat nyanyian penyanyi lagu Sedetik Lebih ini dari dahulu dan sehingga kini.
“Menghargai bakat yang ada pada @anuarzainnetwork dari dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berganti tapi nama mu tetap utuh di persada seni tanah air.,” tulisnya.
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.