Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Its Not Good, Kalau Kamu Pamerkan Orang Punya Keburukan,” – Bukan Nak...

“Its Not Good, Kalau Kamu Pamerkan Orang Punya Keburukan,” – Bukan Nak Sebelahkan Ning Baizura, Tapi Ini Ulas Ramli MS

Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyifatkan perbuatan berkongsi klip video pendek persembahan penyanyi Ning Baizura baru-baru ini sehingga mencetuskan tular adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Ramli berkata, ada ketikanya perkara sedemikian boleh berlaku terhadap mana-mana penyanyi, termasuk dalam hal yang berkaitan dengan teknikal sesebuah persembahan.

“Kadang-kadang apabila berlaku situasi yang tidak diduga secara semula jadi, atau soal teknikal, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

“Sudah tentu apabila ia berlaku, akan keluar suara yang tidak sepatutnya. Cuma bagi saya orang yang buat (menyebarkan klip video pendek) agak jahatlah. Kongsi keburukan orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai video-video lama nyanyian yang kembali dimuat naik sehingga wujud reaksi yang membanding-bandingkan, suami kepada penyanyi Datin Alyah akui perbuatan tersebut sebagai tidak adil.

IKLAN

“Its not good. Kalau kamu mempamerkan orang (penyanyi) punya keburukan, satu hari boleh jadi karma. Kata orang apabila sudah buat sembilan benda baik tapi satu benda buruk terjadi… Jadi sembilan itu pun sudah jadi ‘tak baik’, itu agak tidak adil.

“Sebab suatu hari perkara sama pun boleh jadi dekat kita juga. Siapa tahu? Jadi berhentilah buat benda-benda yang macam tu.

IKLAN

“Well kalau ‘dilantangkan’ untuk perkara kebaikan, perbetulkan sesuatu perkara its okay. Tapi bila mempamerkan sesuatu keburukan orang yang terjadi bukan sebab yang disengajakan macam contoh Ning.

“Bukan saya nak sebelahkan dia tapi benda tu boleh berlaku kepada semua orang. Benda tu agak tak eloklah,” katanya yang juga juri tetap program realiti, Gegar Vaganza.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton)

Terdahulu, klip nyanyian Ning di sebuah persembahan kelab mencuri perhatian ramai berikutan dia didakwa gagal membawakan lagu sendiri.

Perlu rujuk video penuh, tindakan menyebarkan video tersebut jelas Ning disifatkan sengaja mahu menjatuhkan reputasinya yang memperlihatkan dia seolah-olah tidak mampu menyanyi lagu itu dengan baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI