Biar tidak pernah menduga populariti yang diraih memberi tuah buat dirinya apabila berpeluang untuk menyanyikan lagu tema bagi sebuah filem biografi mengenai atlit badminton tersohor negara, Datuk Lee Chong Wei, Nabila Razali cuba memberikan yang terbaik terhadap lagu tersebut termasuk dari segi mempromosikannya.

Katanya kepada MH, lagu yang dinyanyikan secara duet dengan bintang YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby itu akan terus dipromosi sehingga pertengahan bulan ini.

“Dengan bantuan pihak pengurusan yang menyediakan guru vokal memberi keyakinan buat saya untuk rakamkan lagu berjiwa besar ini. Sekarang tengah giat promosikan lagu berkenaan,”katanya yang turut mengakui dia sedang mencari lagu sesuai untuk diangkat sebagai single terbarunya selepas kejayaan Pematah Hati.

 

“Mungkin Belum Sesuai Lagi Nyanyi Lagu Balada…” – Kata Nabila Razali Pada Siapa Tu…??

IKLAN

Katanya jujur, agak sukar juga untuk mencari lagu baru, apatah lagi dengan lakaran jaya yang ditempa single sebelum ini.

IKLAN

“Tengah survey beberapa buah lagu daripada beberapa komposer juga untuk single seterusnya. Selain itu, saya juga tengah tungguh Hael untuk settlekan komitmennya terlebih dahulu dia sebelum beri fokus untuk proses rakaman lagu baru saya juga.

 

“Kalau nak diikutkan, memang dia yang paling dekat dengan muzik saya, begitu juga dengan suara,” kongsi Nabila yang mengakui belu bersedia untuk beralih arah merakamkan lagu genre lain selain Happy Pop.

 

“Mungkin belum sesuai lagi nyanyi lagu balada. Dia tahu ‘suara’ saya bagaimana. Hael juga tahu lagu mana yang sesuai. Malah sejak lagu Cemburu lagi, kami sudah saling serasi dan memang buat masa sekarang saya selesa nyanyikan lagu berentak Happy Pop,” jelasnya lagi. 

Dalam perkembangan lain, Nabila juga akan terbang ke Turki Mei depan bagi menjalani penggambaran untuk drama rantaian terbaru berjudul Cintaku Di Bumi Izmir terbitang Creative Skil Solution.

IKLAN

Selain Nabila, turut sama beraksi di dalam drama berkenaan ialah Raysha Rizrose dan Hafizul Kamal.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI