Seperti ramai sudah sedia maklum bahawa pada Ahad yang lalu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan majlis Mulid Nabi, akikah dan tahnik buat puterinya dan dalam masa yang sama Siti juga turut mengumumkan nama anaknya iaitu Siti Aafiyah.

Menurut Siti, dia dan suami memilih nama Aafiyah kerana mempunyai maksud yang baik-baik dan semalam menerusi akaun Instagram Siti sendiri, dia berkongsi screenshot daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri yang berkongsi keistimewaan pada nama Aafiyah.

Mufti Wilayah Persekutuan Kongsi Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza

Mufti Wilayah Persekutuan Kongsi Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza

Mufti Wilayah Persekutuan Kongsi Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza

IKLAN

Mufti Wilayah Persekutuan Kongsi Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza

“Terima kasih yang dihormati Datuk Mufti, Semoga Aafiyah menjadi wanita soleha memiliki segala nikmat ‘Aafiyah’ … #repost Sedikit nukilan buat Dato’ Sri Khalid, Dato’ Sri @ctdk dan semua umat Islam di Malaysia. @drzulkifli.albakri,” tulis Siti pada ruang kapsyen perkongsiannya.

Di ruang komen pula, pelbagai kata-kata postif serta doa yang baik-baik diberikan oleh para peminat penyanyi ini buat Siti Aafiyah.

IKLAN

bonda_firdaus_n_firas_jaja: Alhamdulillah cantik nama puteri @ctdk …semoga Dato’ terapkan nilai2 keindahan wanita melayu sprt Dato pd anaknda Aafiyah..mewarisi kesopanan dan terdidik halus susur galur melayu asli.Sy harap Dato bsarkan anaknda Aafiyah semewah ‘kasih dan sayang ‘yg tidak membataskan masa indah kanak2nya nnt…In shaa Allah.

mariamsharifuddin17: Alhamdulillah..semoga Siti Aafiyah menjadi anak solehah buat kedua ibu ayah dia membesar dengan sehat.jage kesihatan Dato’ Seri Siti@ctdk

IKLAN

chanteq_bymizsshu: Sebak rasa hati.. Alhamdulillah.. Semoga Siti Aafiyah membesar jadi anak yang solehah, menjadi kebanggaan ayah dan bonda.. Aamiin.. In shaa Allah ❤❤

hayat_iman: Aminnnn….. Moga jd anak solehah ya @aafiyahkhalid .. Trbaik @ctdk bg nama anak dgn nama2 yg baik, rjuk ulama…. Alhamdulillah

MH doakan Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi penambah kebahagiaan dalam keluarganya hingga ke syurga serta menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI