Hubungan antara pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Akhyar Rashid bersama pelakon, Eyka Farhana nampaknya semakin serius apabila pasangan tersebut secara terbuka dilihat berbalas ucapan ‘I love you’ di platform media sosial.
Ia susulan selepas Eyka ada memuat naik foto terbarunya bersama bintang bola sepak tersebut di Instagram.
Hubungan diantara Akhyar dan Eyka menjadi perbualan hangat selepas beberapa foto percutian mereka di sebuah pulau tular di media sosial tidak lama dahulu.
Malah, Akhayar turut dilihat pernah membuat kejutan sambutan hari lahir Eyka yang ke-25 tahun.
Sumber: Instagram Eyka Farhana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shukri Yahaya mengakui sudah pun melakukan persiapan buat isteri, Tya Adnan dalam menyambut kelahiran anak keduanya, tidak lama lagi.
Teruja kerana sekali lagi dikurniakan rezeki zuriat, bintang ini pada masa sama turut mendedahkan dia sekeluarga sudah pun mempunyai nama buat bayi lelaki yang bakal lahir.
“Persiapan untuk sambut bayi yang bakal lahir sudah pun dilakukan. Memang dari awal sudah sediakan.
“Sudah tentu saya teruja sebab kami dijangka akan terima bayi lelaki. Sebab yang sulung anak perempuan.
“Namanya sudah pun ada. Bila sudah semuanya selamat dan dipermudahkan, baru kami akan umum,” katanya yang bakal mengambil cuti kira-kira seminggu selepas bayi kedua dilahirkan.
Sementara itu, bercakap mengenai sisi kerjayanya pula, Syukri baru sahaja selesai menjalani penggambaran baki drama bersiri, 7 Hari Mencintaimu yang tertangguh berikutan penularan COVID-19.
Tidak nafikan pandemik yang berlaku sedikit menjejaskan pendapatannya sebagai anak seni, namun dia bersyukur kerana masih lagi mampu bertahan kerana mempunyai simpanan sendiri.
“Pada awalnya saya risau juga sebab berlakon menjadi punca rezeki. Tidak boleh nak buat apa kerana pandemik yang berlaku tidak dijangka.
“Akan tetapi, mujur saya ada sedikit duit simpanan dan isteri turut mempunyai bisnes sendiri.
“Jadi ‘ujian’ itu tidaklah terlalu berat, cuma saya tidak nafikan ada yang terkesan. Macam saya, bergantung kepada simpanan sendiri,” akuinya.
Ditanya sama ada 7 Hari Mencintaiku 2 mampu melonjakkan kembali auranya sebagainya drama pertamanya, Syukri mempunyai pandangannya sendiri.
“Dari awal terima tawaran tersebut, saya ada juga tanggapan bahawa adakah ia akan ulangi sukses sebelum ini atau sebalikinya.
“Sebab sebelum ini saya ada juga buat drama sequel. Akan tetapi kami ada target sendiri.
“Saya percaya masih ada penonton yang menantikan sequel ini dan jalan ceritanya pun lagi menarik. Harap momentum itu akan berjaya.
“Tidak dinafikan, kami satu produksi rasa tertekan juga, kalau boleh nak ia berjaya sebagaimana yang pertama.
“Misalnya dalam kualiti lakonan pun, hal yang kecil pun kami ambil berat. Karektor itu tidak boleh bertukar-tukar,” jelasnya yang bakal sibuk di set lokasi sebuah drama untuk tayangan RTM serta Mega Drama terbitan Astro.
Foto: Instagram Shukri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak kira lelaki atau perempuan, semua orang pasti ingin memiliki tubuh badan menawan dan ideal.
Baru-baru ini, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia musim pertama, Khai mengakui dirinya kini sudah buncit seiring usia.
Kini, penyanyi kelahiran Johor itu sudah mencecah usia 41 tahun.
Dalam pada itu, Khai turut mendedahkan isterinya, penyanyi Rosma suka jika dirinya memiliki perut yang sedemikian.
“Perut cover skit? xpe lah tak perlu nak cover skit je tu. Biasalah umur dh 41thn buncit ala ala manja ni, wife sy suka katanya sy lak berangan nak 6pax.
“Yg penting berat masih ideal 65KG, kalau naik 68KG – 70KG apa lagi #MSSenaRos kan ada #KhaiRosma #BuncitManja #BeratIdeal #Alhamdullillah,” tulisnya.
Khai mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Rosma pada April 2008.
Pasangan yang bertemu jodoh setelah terlibat dalam program realiti yang sama itu kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10, Nur Amani Damia, 5 dan Nur Alya Dhania, 1.
Tidak kisahlah buncit atau tidak, apa yang penting kebahagiaan dalam rumah tangga. Betul tak?
Foto: Instagram Khai Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nita Hamzah ada membuat coretan, memberikan dedikasi istimewa buat arwah bapanya, Hamzah Abdullah bersempena dengan ulang tahun Allahyarham yang ke-68, 6 Julai lalu.
Jelas Nita, meski hanya dapat menikmati kasih sayang seorang bapa dalam tempoh sekejap, nanum hubungan di antara keduanya begitu rapat.
“Saya cuba untuk tidak tulis. Tapi saya nak juga tulis.
“Sebenarnya 6.7 genaplah 68 tahun umur seorang lelaki yang paling saya sayang yang pernah ada dalam hidup saya walaupun saya hanya dapat menikmati kasih sayang dari dia hanya 9 tahun sahaja tapi dia adalah yang paling rapat.
“Tiada apa yang nak saya wish , hanya sedekah Al Fatihah kepada arwah abah. Sanah Helwah PWI Hamzah Bin Abdullah. Al Fatihah,” tulis pemenang tempat kedua program realiti, Malaysian Idol 2 tidak lama dulu ini.
Serentak dengan itu, para pengikutnya di Instagram turut menitipkan doa, sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.
Terdahulu, Nita yang pernah muncul dengan single berjudul Hadirlah Cinta ini kini hidup bahagia harmoni bersama suami, Mohd Fareez Shamsul Bahari.
Pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata itu mendirikan rumah tangga April 2018.