Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, penyanyi Bella Astillah ada menitip ucapan khas buat ibunya, Zarinah.
Perkara itu dikongsikan bekas isteri Aliff Aziz itu menerusi Instagram berserta foto yang dirakam berdua bersama si ibu.
āToday is your birthday mama.
10th June, Alhamdulillah.
āYouāre truly an amazing mom! yang terlalu sayanggg kak long. Mama sama2 menjaga kak long dari kecil sampai lah sekarang kak long sudah ada Ayden pun bha masih sama.
āKeikhlasan mama sebagai seorang ibu dan juga nenek buat cucu mama mashaallah selamanya kak long rasa bersyukur dilahirkan di dunia ini kerana mempunyai seorang ibu yang baik dan memahami mcm mama.
āMama sentiasa mengalah untuk kebahagiaan orang lain. Mama sentiasa nasihat kak long dan menunjukkan contoh yang baik.
āKak long akan jaga mama ayah dan takkan kecewakan mama dan ayah. Mama ayah ayden dan adik2 kak long adalah orang yang paling penting dalam hidup kak long,ā kongsi Bella.
Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan ibunya sebagai insan yang paling disayanyi selain seorang sahabat sejati.
āSemoga mama panjang umur dan murah rezeki amiin yra. Mama adalah wanita yang cukup kak long sayang.
āYouāre my mom, my best friend and my everything!,ā tulisnya panjang lebar.
Pelakon, Zarina Zainuddin mendedahkan salah seorang anak istimewanya, atau lebih sinonim dipanggil Muhammad Raizal AzraiĀ Azal atau sinonim dipanggil AzalĀ ada memberitahu ibunya, berhasrat mahu mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dimaklumkan Zarina menerusi Instagram, hari ini.
āAzal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya.Ā #netflixmovies.
āAzal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya
Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran,ā tulisnya bersama entri video pendek anaknya itu.
Nyata aksi gurau spontan di antara dua beranak ini membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila melihat gelagat si anak yang tersipu malu apabila ditegur si ibu.
Usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi entri tersebut, Joy telah berkongsi momen sekitar sambutan Syawal bersama keluarga dan seorang jejaka misteri.
Semakin menjadi perhatian apabila Joy menutup wajah jejaka tersebut sekali gus menjadi tanda tanya kepada peminat.
āNi majlis ibu ke atau majlis arryan niā¦? #revza #SS #bukansuamiorang #childhoodcrush #alhamdulillah #merisikkhabar,ā tulisnya memberikan teka-teki.
Ia seperti membayangkan usahawan itu telah pun dirisik seseorang.
Di samping itu, peminat mendoakan agar semua urusan usahawan berusia 30 tahun itu dipermudahkan.
Terdahulu, Joy yang telah bercerai bersama suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.
All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...