“Semua rakyat Malaysia tengok orang jahat ni. Kami live dekat IGTV eloklah tunjuk anu sendiri. Tak malu.
“Ni kerja rakyat Malaysia. Tak malu pula tu. Lepas tu dia tak berhenti. Sorrylah terpaksa tunjuk.
“Ni nak tunjuk rakyat Malaysia la ni orang lelaki kita. Kita report buang,” katanya.
Dalam pada itu, Nourul turut mendedahkan kebanyakkan lelaki yang berkelakuan seperti ini adalah dari kalangan remaja lelaki.
“Yang tanya saya Islam ke tak tu tapi hampa pun tak jaga diri. Tunjuk anu dekat orang. Hampa tu Islam ka?
“Itulah penyakit orang kita, bila kita tegur tak boleh terima. Depa ni suka diletakkan kita di bawah tapak kaki depa. Memang ada lelaki macam tu.
“Kami geram sungguh laki kami selalu gelak jaa. Yang paling sedih, kebanyakkan depa anak-anak muda. Kesian kalau mak bapak tahu. Saya ada dua orang anak lelaki harapnya tak macam tu,” katanya lagi.
Menerusi ruangan kapsyen pula, penyanyi lagu Kerana Terluka itu turut mendedahkan nombor telefon lelaki biadap berkenaan.
“Minat maaaf kalau ada part video ni. Mengganggu ketenteraman awam.
“Orang tengah buat live sibuk ada yang call tengah dok me***cap . Kami tunjuk live sebab dia nak perhatian.
“Nombir pelaku tak senonoh tu ialah 0111318****. Boleh sebarkan dan bagitahu mak pak dia. Kurang ajaq,” jelasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki tersebut selain turut mencadangkan supaya Nourul membuat laporan polis.
Sumber: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Difahamkan, bintang veteran berusia 72 tahun itu dilaporkan menghidap penyakit kanser hati.
Menurut anak ketiganya, Safinas Abu Bakar, bapanya sebelum ini hanya terbaring selain tidak mampu memberi maklum balas dengan baik.
Beliau sebelum ini dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.
Gambar: Instagram HLive
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas terpalit dengan isu salah faham dengan salah seorang penerbit dan pengarah drama tempatan, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.
Menurut Fikry, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya ketika ini selain turut memohon maaf andai ada mengguris hati mana-mana pihak.
“Pertama kali saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya atas isu baru-baru ini.
“Sejujurnya tiada pun negatif komen yang saya terima. Terima kasih buat mereka yang menasihati saya.
“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya sendiri ada menyakitkan sesiapa dan bagi mereka yang ada menyakiti saya, saya dah maafkan. Saya faham tidak semua orang faham mengenai isu ini.
“Bila isu itu terjadi, hidup saya tidak terkesan pun. Saya okay sahaja tiada pula nak sedih-sedih,” jelasnya.
Fikry berkata demikian sewaktu ditemui di sesi pengambaran program Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sepang International Circuit baru-baru ini.
Ditanya mengapa dia tidak membuat video susulan di platform media sosial, Fikry punyai jawapannya yang tersendiri.
“Ada yang tanya saya kenapa saya tidak buat video susulan kalau betul saya tak salah, bagi saya mengapa saya berkata sedemikian kepada media baru-baru ini sebab saya ada hak untuk bersuara apabila nama saya dibusukkan.
“Kemudian untuk saya balas dalam Instagram, ini bukan personal isu saya. Kalau personal isu mesti saya akan kongsikan di Instagram.
“Sebenarnya saya hanya memperjuangkan hak saya dan ada beberapa orang yang lain. Dalam Islam pun ada mengajar kita supaya jangan buat perkara yang sia-sia.
“Kalau saya balas semula pun, saya rasa hal ini takkan habis sampai bila-bila.
“Tujuan saya untuk menyampaikan perkara berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada seseorang atau mungkin kepada diri saya sendiri.
“Supaya selepas ini kalau kita ada buat sesuatu projek itu, kita buat dengan cara lebih profesional dan lebih berhemah jangan sampai kita menyusahkan orang lain,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut berharap agar isu tidak dibiarkan berpanjangan
“Kepada si dia, kalau dia ada terasa dengan saya, saya minta maaf. Saya tiada masalah pun dengan dia tapi sama-sama kita boleh ambil pembelajaran.
“Kalau kita jumpa di event, bertegur-tegurlah. Janganlah lari-lari.
“Buat yang menyokong dan memberi nasihat, saya doakan kalian kekal sejahtera hingga ke akhir hayat dan terima kasih,” akhirinya.
Saksikan episod terbaru Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arsyhad pada setiap Rabu pada jam 9.00 malam hanya di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.