
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon senior, Zarina Zainuddin memaklumkan berita sedih tentang ibu mertuanya yang tidak berapa sihat.
Kongsi Zarina, ibu mertuanya jatuh sakit dan dimasukkan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Assalamualaikum hari ni saya masak sup ikan merah untuk mak mertua saya di Hospital semuga cepat sembuh mek,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/B5RXIREAUHn/?igshid=k75mr1f5kmbd
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun itu berkata kesihatan ibu mertuanya semakin bertambah baik dan sihat.
“Allhamdulillah Terima kasih atas doa semua mek semakin sihat ,cepat sembuh mek ,ramai yang sayangkan mek ni sebab mek seorang ibu dan nenek yang penyayang sentiasa cool dan tersenyum manis selalu,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina dilahirkan pada 24 Disember 1970 di Seremban, Negeri Sembilan dan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Risau Khairy Jamaludin, Saya Sentiasa Bersama Anda,” – Mas Khan

Kekalahan parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi antara momen politik negara yang pasti kekal diingati.
Rata-rata rakyat juga menyatakan kesedihan mereka lebih-lebih di atas kekalahan ahli politik, Khairy Jamaludin yang tewas tipis di Parlimen Sungai Buloh terhadap calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.
Pelakon Mas Khan yang dilihat antara yang turut bersuara mengenai arus politik negara selain menyatakan sokongannya terhadap Khairy.
Malah, dia menyifatkan kekalahan bekas Ahli Parlimen Rembau itu disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga yang dipercayai ditujukan kepada kepimpinan BN.
Menerusi Insta Story, Mas Khan atau nama sebenar, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, berkata sudah sampai masanya parti tersebut diberi penjenamaan semula dengan memilih pemimpin lebih muda untuk menggemudikannya.
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya percaya ini bukanlah penamatnya, tapi ia adalah permulaannya.
“Jangan risau Khairy Jamaludin, saya sentiasa bersama anda. Anda tahu apa yang anda perlu lakukan sekarang, bro!
“No more ‘otai-otai’. Please dah tiba masanya untuk bagi peluang dekat muka baharu.
“Bagi chance dekat anak-anak muda betulkan balik BN ni kesian. Rakyat pun dah menyampah dengan muka-muka yang sama,” tulis Mas Khan dalam perkongsian tersebut.
Dalam status sama, Mas Khan meluah sekiranya diberikan peluang, dia sendiri akan cuba terjun dalam bidang politik jika perlu.
“Worse comes to worst, saya sendiri akan masuk medan perang (bidang politik), jika perlu.
“Saya percaya masih ramai anak muda di luar sana yang masih berjiwa politik with right mindset! Let’s fix together, insyaAllah,” tulisnya lagi.
Selain itu, Mas Khan juga mengucapkan tahniah di atas kemenangan wakil rakyat di kawasannya iaitu, Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari yang berjaya menumpaskan Datuk Seri Azmin Ali yang telah memegang Parlimen tersebut selama tiga penggal sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shalma Eliana Kini ‘Yana’, Dedah Kisah Sebalik ‘Your Loss’ – “Beberapa Bait Lirik Yang Saya Tulis Sewaktu Pergi Kerkhemah.”

Meski baru beberapa tahun terjun dalam industri muzik tempatan secara serius, tidak dinafikan nama Shalma Eliana pantas mencuri perhatian dengan imej menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.
Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar buat pencinta muzik lokal, bintang ini kini kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Your Loss, sekaligus menjenamakan semula nama pentasnya sebagai Yana.
Berkongsi lanjut mengenai Your Loss, Yana akui bait lirik yang ditulis bersifat jujur dari dirinya.
“Saya anggap Your Loss sebagai permulaan kerjaya saya. Permulaan yang baharu kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri secara 100 peratus.
“Saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri dengan pihak umum sebelum ini.
“Lagipun, lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah semua orang memanggil saya Yana. Oleh kerana itu Yana ialah diri saya yang sejati. Sebab itu saya memilih nama tersebut,” jelasnya.
Lagu ini juga sarat dengan mainan emosi yang mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan tidak seharusnya menjadi punca kegagalan seseorang dan kita tidak harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.
“Alhamdulillah, proses menulis lagu ini berjalan dengan lancar. Saya masih ingat saat saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta.
“Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” katanya.
Lagu ini juga bakal menampilkan sebuah klip video yang akan diumumkan tidak lama lagi. Proses rakamannya berjalan dengan sangat lancar.
“Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam. Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa ia sangat luarbiasa diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini,” jelasnya lagi.
“Saya sangat berharap para pendengar akan menyukai lagu ini dan mampu memahaminya seperti mana saya mengertikannya. Ia dihasilkan dengan tulus dan merupakan lagu paling murni pernah saya hasilkan.
“Ia juga karya nukilan sendiri pertama yang saya berani kongsikan. Saya harap tiada lagi yang keseorangan selepas mendengar lagu ini,” akhiri Yana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Bergurau Ada Adabnya,” – Walau Memaafkan, Namun Misha Tetap Akan Pantau

Rentetan daripada sidang media penyebaran fitnah yang berlaku ke atas dirinya dalam media sosial, telah berlangsung sesi permohonan maaf daripada dua individu yang didakwa menulis kata berbaur fitnah di laman sosial sehingga menjejaskan reputasi Misha Omar.
Menurut Misha, kes ini adalah pengalaman baru dalam kerjaya sebagai anak seni.
“Pengalaman baru dalam kerjaya saya sebagai anak seni. Saya berterima kasih kepada kedua-dua peguan kerana efisien melakukan kerja mereka.
“There is always a chance for you to be a hero dan untuk membaikpulih keadaan.
“Maaf dan memaafkan bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan. Tapi kalau kita faham fungsi di sebaliknya, kita akan tahu nikmatnya bagaimana,” ulasnya yang telah membuat laporan polis di Kota Damansara dan Salak Selatan berhubung kes ini.
Ulasnya, kes di anggap telah selesai selepas menerima permohonan maaf secara bertulis dan pengakuan yang telah ditandatangani pelaku. Meskipun telah memaafkan, namun dia akan terus membuat pemantauan ke atas komen berbaur fitnah selepas ini.
“Mungkin malam ini atau esok saya akan ke balai polis untuk menarik report.
“Saya akan terus perhatikan ancaman-ancaman ini kerana ia akan menjatuhkan reputasi saya dan rakan-rakan.
“Kita kena buka mata. Kalau ada ancaman yang tidak baik untuk industri, kita patut tolong untuk banteras gejala fitnah di media sosial,” tambahnya lagi.
Pelaku yang dikenali sebagai Azwan dan Ahmad Azhar hadir bersama untuk permohonan maaf secara terbuka.
Kedua-duanya mengakui kesilapan dan mengatakan komen tidak wajar itu ditulis kerana terlalu emosi dan tujuan untuk sekadar bergurau.
“Saya ingin memohon maaf terutama kepada kak Misha Omar. Mungkin saya terlalu emosi dengan tweet dan komen membuatkan saya mengeluarkan kata-kata yang kurang enak dan juga menjatuhkan air muka kak Misha sendiri. Jadi saya ingin memohon maaf kepada Kak Misha dan saya janji tak akan buat lagi. Benda ini akan menjadi tauladan kepada diri saya,” jelas Azhar yang menyesal dengan tindakannya.
Kedua-duanya mengakui telah membuat permohonan maaf sebelum sidang media tergempar dilakukan Jumaat lepas selepas perkara ini tersebar di laman Twitter.
“Kata-kata saya sebenarnya hanya berbentuk gurauan dan tidak berfikir. Tiada niat sebaliknya.
“Apabila mengetahu kes saman ini, saya kata kepada Azhar apa kata kita minta maaf kerana kita berdua sudah buat silap,” kata Azwan yang membuat permohonan maaf sebelum ini menerusi Insta Story.
Walau bagaimanapun, seorang lagi pelaku tidak hadir dan tidak membuat sebarang permohonan maaf, malah telah menutup akaun media sosial.
Misha bagaimanapun memberi amaran sekiranya perkara seumpama ini berlaku kembali, pemilik akaun tersebut akan diambil tindakan selanjutnya.
Ulas penyanyi Bunga Bunga Cinta ini, dia tidak mahu kes ini dikaitkan dengan sesiapa, malah kedatangan kedua-duanya adalah disebabkan kesalahan individu.
“Kedatangan mereka adalah kerana mereka menyedari mereka lemah dan hanya insan biasa yang buat kesilapan. Mereka tidak dikaitkan dengan sesiapa. Berbesar hati terima permohonan maaf mereka. Kami berlima tidak mahu menyebut nama sesiapa. Perbuatan itu secara individu dan tidak mewakili mana-mana,” tambahnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI