Kehangatan penganjuran persembahan pentas dan konsert kembali rancak selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.
Terbaharu, konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri lebih 25,000 peminat setianya pada malam Khamis.
Penyanyi Misha Omar tidak ketinggalan berkongsikan momen anak sulungnya, Muhammad Adam Emir serta sepupunya yang menghadiri konsert tersebut menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.
Secara berseloroh, Misha berkata dia tidak menyertai anaknya menonton konsert tersebut kerana sudah puas berseronok melayan konsert Anuar dan Ziana Zain yang diadakan pada 6 Ogos lalu.
Ads
“Cik Billie Billie Eilish, anak-anak Kak Mitch dengan Kak Mimie (kakak Misha Omar) pergi tengok konsert awak malam ni (Khamis) tau.
“Kak Mitch dengan Kak Mimie tak ikutlah sebab hari itu dah berdendang sakan dekat konsert kak Ziana & Anuar Zain.
“Lepas ini nak layan konsert Syamel-Ernie, lepas itu bulan November nanti nak tengok konsert Datuk M. Nasir dengan MPO pula.
Ads
“Hidup ni macam itulah dik…mak mak enjoy, anak pun kena enjoy,” tulis Misha.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada peminat yang mengajak Misha untuk pergi menonton konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada bulan Mac tahun hadapan.
Misha memberikan respon dia kini sedang ‘menabung’ untuk membeli tiket konsert satu lagi kumpulan K-pop terkenal, BTS sekiranya mereka benar-benar akan singgah ke Malaysia untuk konsert jelajah nanti.
Ads
“Blackpink tak mahu, BTS akak (Misha) dah menabung untuk tiket kakak dan anak-anak,” balas Misha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Aizat Amdan, Elyssa Alia mendedahkan dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran termasuklah untuk menerima tempias di dunia glamour suaminya itu.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Elyssa Alia Ilias ini mendedahkan dirinya kurang selesa apabila masyarakat di luar sana mempersoalkan mengenai bentuk tubuh atau bahasa lainnya ‘body shamming’.
“Saya akan bercakap dengan sejujur yang mungkin. Saya tak kisah orang menegur mengenai perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh mengenai tubuh badan saya. Kerana bagi saya, kita tak sepatutnya menilai orang daripada luaran tetapi melalui kelakuannya.
“Saya berharap selepas ini kalau orang luar berjumpa dengan Aizat pun janganlah tegur perkara yang sama. ‘Eh kau ni dah berisi ke?’ Tiada seorang pun yang suka begitu. Bagi orang lain mungkin tak beri kesan tapi untuk yang mendengar ni boleh rasai kesannya.
“Sejak akhir-akhir ini juga orang asyik komen mengenai tubuh badan saya. Sebenarnya semua wanita ada tubuh masing-masing dan kenapa kita nak jadikan ia sebagai isu.
“Kalau tak suka kami pun tak mengapa tapi janganlah bercakap perkara yang kejam di Instagram saya. Saya rasa itu tidak adil,” katanya kepada MH.
Aizat dan Elyssa ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang berlangsung di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada Ahad.
Pada masa sama, Elyssa turut memaklumkan komen-komen negatif yang diterima sewaktu diperkenalkan sebagai bakal isteri kepada Aizat baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan bukan sahaja buat dirinya tetapi juga ibu bapanya.
“Kalau kurang selesa dengan apa yang saya pakai, padam sahaja gambar saya. Saya tidak paksa pun. Janganlah sampai bercakap perkara yang tak elok sehingga membabitkan ibu bapa saya.
“Kononnya bapa saya tak ajar saya sembahyang sebab saya pernah cakap mahukan Aizat menjadi wali saya sebelum ini. Orang ramai pun tak bertanyakan mengenai maksud sebenar saya berakap sebegitu. Saya okay sahaja tapi ibu bapa saya yang tidak okay.
“Saya pantang orang mengata mengenai keluarga saya. Saya minta maaf mengenai pemakaian saya. Saya sedar masih banyak yang saya boleh perbaiki.
“Tapi kini saya berusaha untuk menjadi lebih baik. Saya percaya kita kena mula dengan betulkan hati dahulu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elyssa turut mededahkan antara salah satu sebab hatinya tertarik dengan Aizat sewaktu di awal perkenalan mereka kerana reputasi bersihnya meskipun bergelar artis popular.
“Saya tak pernah kenal Aizat sebelum ini. Waktu nama dia sedang popular, saya masih di Australia. Bila berjuma dengan dia, kemudian saya google fasal dia. Tiada cerita yang buruk. Paling teruk pun yang saya baca seperti biasa mengenai tubuh badan dia.
“Saya rasa isu tersebut membosankan. Saya pun jadi hairan takkanlah orang yang dah popular di Malaysia tapi tiada gosip teruk. Ia seakan memberi petanda kepada saya.
“Masa kita muda, kita sukakan lelaki yang nakal sedikit tapi bila dah besar saya rasa cukuplah dengan semua itu. Saya mahukan lelaki yang boleh menjaga saya, baik hati dan tidak memeningkan kepala saya. Aizatlah orangnya.
“Apa yang saya minta pada Allah, Alhamdulillah saya dikurniakan Aizat. Dia pandai mengaji, solat dan benarkan saya menjadi diri sendiri. Saya ni seorang yang kalut dan dia pula sangat tenang.
“Bila saya bersama dia, rasa dapat rasa kelegaan itu. Dia juga kawan baik saya. Apa sahaja yang saya cakap, dia akan layan. Dia juga sentiasa menyokong saya. Saya rasa bertuah kerana memiliknya,” akhirnya.
Terdahulu, Aizat dan Elyssa telah selamat melansungkan majlis pernikahan mereka pada Ahad.
Pasangan ini juga memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Illahi dan suaminya, Shuib memuat naik video kenangan arwah isteri beserta dedikasi yang cukup menjentik hati.
Kenangan bersama arwah dikongsikan Shuib menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram.
“9.8.2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat. Masa ni pregnant 5 bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you, berkali kali call sebab nak ajak pegi makan.
“Bila i pegi amik, buat pulak muka comel, dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulisnya.
Di dalam perkongsian sama, usahawan ini turut memberi pesan kepada para suami supaya cuba sehabis baik melayani insan tersayang.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mugkn itu adalah permintaan yg terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat, Amin. Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi.
Terdahulu, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti COVID-19.
Sehingga kini, video berkenaan sudah menerima hampir 300,000 tanda suka dan disusuli ribuan doa dari rakan selebriti dan peminat. Al-Fatihah Allahyarhamah Siti Sarah…
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan rock legenda tanah air, Wings tampil memperkenalkan dua anggota baharu iaitu Pae sebagai pemain dram dan Am sebagai pemain bes, sekali gus meneruskan perjuangan empayar muzik mereka yang kini sudah menjangkau usia 40 tahun.